Majlis Hi-Tea "Jasamu Dikenang"

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 25 Mac 2019 (Isnin), telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea ' Jasamu Dikenang' mantan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu yang telah diadakan di Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohamed, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Seramai dua orang dirai dalam majlis tersebut iaitu mantah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri iaitu Tuan Haji Rosman Bin Roslan dan pemandu Encik Mohd asrul Nizam Bin Husin. Kedua-duanya telah bertukat ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu pada 1 Mac 2019. Manakala Encik Mohd Asrul Nizam Bin Husin pula telah mula bertugas di UPEN pada 1 Ogos 2016 sehingga 28 Februari 2019.

Pada majlis ini telah diadakan majlis penyerahan hadiah kepada kedua-dua yang dirai bagi memperingati jasa dan sumbangan mereka kepada jabatan sepanjang perkhidmatan beliau di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Semoga kedua-duanya terus maju jaya pada masa hadapan.

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR dan AGRO PELANCONGAN (MAHA) 2018

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 22 November hingga 2 Disember yang lalu telah berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. Pavillion Terengganu yang diperbuat daripada kayu cengal menyajikan lebih 12 aktiviti menarik sepanjang pameran tersebut. Tampil dengam pelbagai keunikan dan aktiviti menarik telah menjadikan Pavillion Terengganu memenangi tempat kedua terbaik.

Antara aktiviti yang diadakan adalah dapat melihat secara dekat penyu Albino, demontrasi keropok lekor dan pelbagai makanan tradisional Terengganu, selain dapat merasai nasi dagang Terengganu serta pertunjukan mencanting batik dan sutera.

Terengganu merekodkan lebih 38,780 pengunjung dengan catatan jualan kira-kira RM148,000 sepanjang pameran berlangsung.

BENGKEL TRANSFORMASI PERTANIAN TERENGGANU 2018

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 19 hingga 21 Disember 2017 telah diadakan satu Bengkel Transformasi Pertanian Terengganu 2018 bertempat di Pusat Latihan Dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Timur, Tok Dor, Besut, Terengganu. Tujuan Bengkel ini diadakan bagi menilai dan menambahbaik Hala Tuju Pertanian serta Perancangan 2018 bagi Portfolio Pertanian Terengganu yang bersifat 'Touch Point' dan 'Quick Win' berteraskan empat (4) petunjang yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dalam ucapan Bajet 2018.

Antar jabatan-jabatan yang terlibat dalam bengkel ini adalah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia, Jabatan Veterinar Negeri Terengganu, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, IADA KETARA, KETENGAH dan jabatan-jabatan lain.