Fungsi

Ditulis pada . di dalam Profil

 

Fungsi UPEN ialah:-

1. Merekacipta, menyesuai dan menyelaras model-model ekonomi pembangunan di peringkat negeri bagi merancang       halacara-halacara memajukan negeri berasaskan matlamat ekonomi pembangunan Kerajaan Negeri.

2. Mewujudkan keadaan sosio-ekonomi negeri yang mantap melalui perancangan dan pemantauan program/projek infrastruktur sosial dan fizikal berasaskan idea-idea dan pelan-pelan pembangunan negeri.

3. Memberi nasihat, pandangan dan maklumbalas kepada Pihak Berkuasa Negeri dan lain-lain jabatan dan agensi Kerajaan Terengganu dalam semua aspek perancangan ekonomi pembangunan negeri.

4. Menyelaras penglibatan sektor swasta dan sektor awam bagi mengembangkan aktiviti-aktiviti ekonomi supaya dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat di samping menyediakan peluang-peluang kerja dan niaga kepada tenaga kerja dan usahawan-usahawan tempatan.