Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman 2016

Ditulis pada . di dalam Berita

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman telah diadakan pada 20 Julai 2016 bersamaan 15 Syawal 1437H  bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman. Turut hadir, YB Dato' Osman Bin Muda selaku Setiausaha Kerajaan Terengganu, barisan-barisan Exco serta pegawai-pegawai kerajaan. YAB Menteri Besar turut menyampaikan duit raya kepada pelajar-pelajar sekolah dikalangan anak-anak yatim dan miskin.

Suasana diserikan dengan alunan lagu-lagu raya yang disampaikan oleh penyanyi-penyanyi SUKTRA Terengganu. Para jemputan terdiri daripada ahli-ahli Kelab Wisma Darul Iman, Kakitangan Wisma Negeri, jabatan-jabatan lain dan orang ramai di sekitar Kuala Terengganu. Kelab Lebah telah dipertanggungjawabkan untuk meghidangkan buah-buahan kepada para tetamu. Selain itu tedapat pelbagai juadah makanan disediakan oleh kela-kelab yang terdapat di Wisma Darul Iman. Antaranya nasi minyak, nasi dagang, meeo soto, bakso,sate, lemang, keropokdan sebagainya. Majlis Sambutan Hari Raya ini berakhir pada sekitar jam 2.00 petang.

 

Majlis Perjumpaan Bersama Atlet Memanah Ke Kejohanan SUKMA, Sarawak 2016

Ditulis pada . di dalam Berita

Majlis Perjumpaan Bersama Atlet Memanah Terengganu ke Kejohanan SUKMA, Sarawak 2016 telah diadakan pada 19 Julai 2016 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA). Tujuan perjumpaan adalah untuk memberikan kata-kata semangat dan dorongan sebelum para atlet berlepas ke Sarawak pada 20 Julai 2016, di mana Unit Perancang Ekonomi Negeri merupakan Jabatan Angkat bagi Skuad Memanah Terengganu. Pada perjumpaan ini, wakil UPEN turut menyerahkan sedikit duit raya hasil sumbangan pegawai dan kakitangan jabatan kepada para atlet yang terlibat. 

Taklimat Tatacara Penyediaan Cadangan Projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Di Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Taklimat Tatacara Penyediaan Cadangan Projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di Negeri Terengganu telah diadakan pada 09 Mei 2016 bertempat di The Regency Waterfront Hotel, Kuala Terengganu. Taklimat telah disampaikan oleh En Khalid Bin Mohamed selaku Timbalan Pengarah (Bajet Pembangunan), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir pada sesi taklimat ini adalah Pengarah UPEN Terengganu Tuan Haji Zainal Abidin Bin Hussin, Timbalan pengarah UPEN Terengganu, Tuan Haji Tun Ahmad Faisal Bin Tun ABd Razak, Pengarah Kemajuan Negeri, Dato' Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan), Tuan Haji Mat Azmi Bin Arshad dan jabatan/agensi yang terlibat secara langsung dalam penyediaan Cadangan Projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) serata pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman yang sewajarnya kepada semua jabatan dan agensi negeri untuk lebih teliti dan mantap dalam penyediaan kertas permohonan bagi Cadangan Projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Di samping itu juga, peserta turut diterangkan cara pengiraan / penentuan Creativity Index (CI) dalam permohonan projek.