Latar Belakang
Unit Perancang Negeri telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah pentadbiran Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu. Pada 1 Julai 1975, unit ini telah dipindahkan ke bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pemakaian nama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mula diperkenalkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) pada 1 April 1977. Nama UPEN digunakan secara rasminya di Negeri Terengganu pada 19 Januari 1978.