PROGRAM CUTI PERSEKOLAHAN DAN SCIENCE IS FUN OLEH PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU (PSKT)

Ditulis pada . di dalam Berita

PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU (PSKT) telah mengadakan program cuti sekolah pada CUTI PERSEKOLAHAN DAN SCIENCE IS FUN bertempat DI PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU, KAMPUNG LAUT, CHENDERING, KUALA TERENGGANU.

Pelbagai acara akan diadakan seperti MAKEBLOCK CONSTRUCT YOUR DREAM, WIND POWER WORKSHOP DAN SCIENCE IS FUN. Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar mendalami bidang sains, teknologi dan inovasi serta menonjolkan bakat kreativiti mereka. Program ini juga ditawarkan kepada para pelajar berumur antara 9 hingga 15 tahun mengikut program yang dsediakan. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang PSKT : www.pskt.com.my

 

PENYERAHAN JAMBATAN PULAU SEKATI

Ditulis pada . di dalam Berita

KUALA TERENGGANU - Fasa pertama Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan bandar raya ini dengan Kuala Nerus mula dibuka kepada pengguna semalam. Laluan sepanjang tiga kilometer itu menghubungkan Pulau Sekati yang berada di tengah-tengah Sungai Terengganu ke Losong dan Paloh di sini.

Projek ini dibina sebagai alternatif kepada rakyat yang bakal mengurangkan kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah. Ia juga merupakan satu lagi laluan alternatif untuk orang ramai ke pusat bandar dengan perjalanan yang lebih cepat dan selesa.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan itu dibina dengan kos bernilai kira-kira RM245 juta dengan jarak 6.3 kilometer di atas Sungai Terengganu.

Menurut beliau, pada  19 Jun ini laluan fasa kedua pula akan dibuka. Laluan sepanjang 3 km ke Banggol Tuan Muda dan Jeram Tok Kong, Manir itu akan mula dibuka bagi membolehkan orang ramai menggunakan laluan tersebut sewaktu musim perayaan nanti.

LAWATAN GABENOR SULAWESI SELATAN KE NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada . di dalam Berita

 

Kerajaan Negeri Terengganu telah menerima lawatan Gabenor Sulawesi Selatan Ke Negeri Terengganu pada 20 hingga 23 Mei 2017. Sehubungan dengan itu, satu taklimat Pembangunan Negeri Terengganu telah diadakan pada 22 Mei 2017, 2.30 petang di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman. Taklimat tersebut dibentangkan oleh TSUK Pembangunan, Encik Rosman Bin Roslan yang memfokuskan kepada beberapa agenda utama iaitu demografi, prestasi ekonomi, pelaburan, sasaran 2020, serta pembangunan yang sedang dilaksanakan dan dalam perancangan. Melalui perkongsian maklumat ini, kedua-dua kerajaan dapat membuat perbandingan taraf sosioekonomi serta mencari ruang-ruang pelaburan yang ada untuk dijalankan. semoga usahasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Sulawesi sentiasa diwujudkan dan kukuh.