Lawatan Kerja Ke Pesisir Air Kuala Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 05 Mei 2016, Unit Perancang Ekonomi Negeri diketuai oleh Pengarah UPEN telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pesisir Air Kuala Terengganu bersama-sama agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi teknikal seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Seketeriat PESONA Terengganu, Unit Transformasi Ekonomi Negeri, East Coast Economic Region (ECER), Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Laut Wilayah Timur, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia, Tenaga Nasional Berhad serta Indah Water Konsortium. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memantau perkembangan status projek dan meneliti isu-isu yang berkaitan di dalam perkembangan pembangunan projek Pesisir Air Terengganu. 

Lawatan Kerja Ke Pesisir Pantai Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Lawatan kerja ke pesisir pantai di Terengganu bagi meninjau tumpahan minyak yang mencemari pantai sepanjang kira-kira tiga kilometer di lokasi peranginan Pasir Panjang dan Taman laut telah diadakan pada 28 April 2016. Lawatan kerja ini turut meninjau keadaan kebersihan di kawan sekitar Pulau Redang, Kuala Nerus. Turut hadir dalam lawatan ini adalah Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Wan Nawawi Bin Wan Ismail, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato' Muhamad Kamil Bin Othman, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Hussin, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan), Pengarah dan Pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Pegawai Jabatan Taman Laut, serta Pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri. Tindakan bersegera akan diambil bagi menangani masalah kebersihan yang berlaku di sekitar Pulau Redang serta pemantauan berterusan akan dilakukan di semua pulau-pulau peranginan yang terdapat di Terengganu bagi mencegah perkara yang sama dari berulang.

Kejohanan Badminton Kelab Wisma Darul Iman 2016

Ditulis pada . di dalam Berita

Kejohanan Badminton Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) bagi tahun 2016 telah diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Dewan Datul Sulong (DS Sport) Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Kejohanan ini merupakan acara tahunan bagi kakitang-kakitangan Wisma Darul Iman dan Kelab Lebah tidak terkecuali dalam menyertai kejohanan ini. Dalam kejohanan ini Kelab Lebah telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Kelab Helang, Rajawali dan Virus serta Urus. Kelab Lebah telah menjadi Naib Johan bagi Kumpulan B dan Johan kumpulan adalah Kelab Helang seterusnya melayakkan Kelab Lebah untuk mara ke peringkat separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir Kelab Lebah telah bertemu dengan Kelab Permata dan nasib tidak menyebelahi Kelab Lebah apabila tewas pada peringkat separuh akhir. Johan bagi kejohanan ini adalah Kelab Permata dan Kelab Lebah telah mendapat tempat ke-3. Walaupun tewas, sekalung tahniah diucapkan kepada peserta di atas komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang diberikan.