KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Ditulis pada . di dalam Berita

Program Kempen Kibar Jalur Gemilang telah diadakan pada 7 Ogos 2022 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman sempena bulan kemerdekaan. Program ini merupakan program tahunan Kerajaan Negeri yang diadakan untuk menggalakkan rakyat yang berbilang kaum mengibarkan jalur gemilang di jabatan/premis masing-masing sama ada di agensi kerajaan, badan berkanun, swasta, kilang-kilang, gedung-gedung perniagaan, rumah-rumah persendirian dan lain-lain lagi.

Sepanjang berlangsungnya Kempen Jalur Gemilang ini dilaksanakan, ianya bukan sahaja dapat menyuntik semangat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk cintakan negara tetap juga sebagai mekanisme untuk mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini.

Program ini melibatkan 1,200 peserta daripada pelbagai jabatan. Melalui program ini juga, YAB Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan Gimik Pelancaran dengan meletakkan bendera Malaysia pada 15 buah kenderaan jabatan. seramai 25 jabatan daripada pelbagai agensi juga telah terpilih untuk menerima penyerahan bendera ini terdiri daripada Pegawai Daerah, Yang Dipertua Majlis, Ketua Jabatan Badan Beruniform, Ketua Jabatan Badan Berkanun serta GLC.

HIMPUNAN LEMBU SADO PANTAI TIMUR 2022

Ditulis pada . di dalam Berita

Bertempat di Dataran Pekan Jabi, Besut, Terengganu telah diadakan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2022. Program ini telah diadakan pada 30 Jun - 2 Julai 2022. Program ini melibatkan peserta-peserta daripada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Seramai 5,214 orang pengunjung telah berkunjung ke program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai pertemuan muhibah antara penternak dari 3 negeri di pantai timur. Juga merupakan satu-satunya Himpunan Lembu Sado yang menghimpunkan lembu sado terbaik. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr Azman Bin Ibrahim, Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar.

HARI PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN NEGERI TERENGGANU (HPPNT)

Ditulis pada . di dalam Berita

Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 telah diadakan pada 23-25 Jun 2022 bertempat di Dataran Pekan Jabi, Besut, Terengganu. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya program ini adalah Pameran gajah, Pameran Penyu dan Tuntung, Pertunjukan Gasing Terbuka, Rangka Ikan Paus dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang disediakan. Majlis Hari Penternak, Peladang dan Nelayan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Terima kasih semua warga tani, penternak dan nelayan. Anda semua wira yang tak didendang.