KEJOHANAN BOLA JARING KELAB WISMA DARUL IMAN 2017
KUALA TERENGGANU - Pada 20 Mei 2017, Kelab Lebah telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Kelab Wisma Darul Iman. Kejohanan tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang TIga, Kuala Terengganu. Kelab Gabungan Wisma Darul Iman yang telah menghantar pasukan masing-masing terdiri daripada Kelab Permata, Kelab Lebah, Kelab Kejora, Kelab Tigers dan Kelab Virus. Tempat Pertama telah dimenangi oleh Kelab Permata, tempat kedua telah disandang oleh Kelab Lebah manakala tempat ketiga Kelab Kejora. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan.