SUKAN MALAYSIA (SUKMA XX)

Ditulis pada . di dalam Berita

21 September 2022 - Unit Perancang Ekonomi Negeri selaku Jabatan Angkat Pasukan Memanah Terengganu hari ini telah hadir sama bagi memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan berkenaan pada perlawanan yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

YB Dato Satiful Bahri Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap Bapa Angkat Pasukan Memanah Terengganu bersama En Ahmad Ridzwan Bin Abd Rahman Timbalan Pengarah (Sektoral) Unit Perancang Ekonomi Negeri serta pegawai lain turut bersama-sama meluangkan masa hadir bagi memberikan sokongan kepada Pasukan Memanah Terengganu.

Adik Muhammad Azmi Aisar Bin Azmi  telah merangkul pingat emas bagi  kategori Compound Men Individu dan adik Mohamad Syafiq Bin Md Ariffin, adik Muhammad Ammar Bin Muhammad Amin, adik Muhammad Hazmi Aisar Bin Azmi dan adik Muhammad Izzat Haziqi Bin Abd Halim yang telah menghadiahkan pingat emas bagi kategori Compound Men Team.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet Pasukan Memanah Terengganu !!! Go Go Hanelang..

 

PELEPASAN ATLET MEMANAH TERENGGANU KE SUKMA XX

Ditulis pada . di dalam Berita

Pelepasan atlet memanah Terengganu ke SUKMA XX bertempat di Asrama MSNT di Kuala Nerus telah diadakan pada 15 September 2022 (Khamis). Pelepasan tersebut telah di sempurnakan oleh En Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Sektoral) Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) selaku Jabatan Angkat Pasukan Memanah Terengganu.

Hadir sama pada pelepasan tersebut adalah En. Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, Timbalan Pengarah (Makro) serta pegawai- pegawai dan kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Sedikit ucapan dan amanat terakhir telah disampaikan oleh En Ahmad Ridzwan Bin Abd Rahman bagi menyuntik semangat para atlet untuk bertanding pada kejohanan tersebut. Semoga Pasukan Memanah Terengganu mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Ayuh Hanelang!! Berjuang demi negeri.


 

 

LAWATAN JABATAN ANGKAT KE TEMPAT LATIHAN PASUKAN MEMANAH SUKMA TERENGGANU

Ditulis pada . di dalam Berita

Selasa, 13 September 2022 – Unit Perancang Ekonomi Negeri selaku Jabatan Angkat kepada Pasukan Memanah SUKMA Terengganu telah mengadakan lawatan untuk melihat persiapan terakhir para atlet pasukan memanah sebelum berangkat ke SUKMA XX di The Payang Scout, Kuala Nerus. Lawatan ini diketuai oleh En Ahmad Ridzwan Bin Abd Rahman Timbalan Pengarah (Sektoral) dan turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Unit Perancanf Ekonomi Negeri.

Sedikit taklimat daripada En Ahmad Jailani Bin Halus selaku Pengurus Pasukan Memanah Terengganu berkenaan prestasi semasa para atlet yang akan bertanding pada kejohanan SUKMA tersebut. Selain itu, Timbalan Pengarah juga memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada para atlet untuk menghadapi kejohanan tersebut. Pada lawatan ini juga turut diselitkan sedikit jamuan kecil bagi meraikan hari jadi atlet.

Selamat berjuang kepada semua atlet memanah SUKMA Terengganu. Semoga beroleh kejayaan.