Sesi Libat Urus Menteri Ekonomi Bersama Kerajaan Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Sesi Libat Urus Menteri Ekonomi Bersama Kerajaan Negeri Terengganu Mengenai CCUS

14 Julai 2024, Ahad - satu sesi libat urus telah diadakan di Wisma Darul Iman, Terengganu, yang melibatkan YB Menteri Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Terengganu bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan, dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Malaysia.

Sesi ini diadakan untuk berkongsi usaha perancangan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan inisiatif CCUS. Ini termasuk membincangkan status semasa penyediaan rangka kawal selia CCUS di Malaysia. Menteri Ekonomi menekankan pentingnya inisiatif ini dalam menangani perubahan iklim dan mencapai sasaran neutral karbon negara.

Turut hadir dalam sesi ini adalah pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Terengganu. Mereka membincangkan pelbagai aspek teknikal dan regulatori yang perlu diambil kira bagi menjayakan pelaksanaan CCUS.

Perbincangan yang konstruktif ini dijangka akan mempercepatkan proses pelaksanaan CCUS di Malaysia, dengan Terengganu menjadi antara negeri perintis dalam usaha ini. Sesi libat urus ini juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kelestarian alam sekitar sambil memajukan ekonomi negara.

Majlis Temu Mesra Jabatan Angkat Sukan Boling Padang SUKMA XXI Sarawak 2024

Ditulis pada . di dalam Berita

Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) selaku Jabatan Angkat Sukan Boling Padang SUKMA XXI telah mengadakan majlis ramah mesra bertempat di Padang Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Seramai 14 orang atlet bersama ketua jurulatih, Tn Haji Zulkepli bin Abd Wahab dan pasukan pengurusan telah dirai dalam majlis tersebut.
Majlis dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Makro) UPEN, YBrs En. Wan Muhd Masyum bin Wan Harujan dan Timbalan Pengarah (Sektoral) UPEN, YBrs En. Mohd Nasir bin Kasim serta para pegawai UPEN.
Acara boling padang adalah merupakan antara acara tumpuan dan sukan sasaran pingat untuk Negeri Terengganu. Semoga beroleh kejayaan dalam kejohanan untuk para atlet dan selamat berjuang!!

Kejohanan Polo Jemputan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Kejohanan Polo Jemputan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu Tahun 2024 telah diadakan pada 8 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah Show Jumping dan Acara Memanah yang telah dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Selain itu,acara kemuncak adalah perlawanan acara Kejohonan Polo Jemputan yang menyaksikan perlawanan di antara Terengganu Polo Club (TPC) dan Kelantan Polo Club (KPC) yang turut diadakan.Keputusan bagi acara ini telah memihak kepada TPC dengan mata 5-4.