ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN

Ditulis pada . di dalam Berita

Encik Kamarulzaman Bin Yusof merupakan antara penerima Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Mac 2013 yang telah diumumkan pada Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman. Perhimpunan tersebut telah diadakan pada  pada 17 April 2013 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Beliau yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pembantu Tadbir, di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu merupakan salah seorang kakitangan yang berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya kepada jabatan. Selain daripada Anugerah Cemerlang Bulanan, beliau juga pernah dianugerahkan Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan (APC) peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2006 dan 2012. Semoga beliau terus sukses dan berdaya saing demi menjalankan tugas sebagai penjawat awam yang berkaliber.

PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN 2011 DAN 2012

Ditulis pada . di dalam Berita

PELABURAN &  INDUSTRI

Kerajaan Negeri telah menerima pelaburan sebanyak RM 6.6 bilion  untuk pembangunan industri  ‘Iron & Steel Plant’ daripada syarikat  HKS-Hyundai  yang diluluskan  pada Februari 2013.  Projek ini terletak dalam kawasan perindustrian Telok Kalong, Kemaman dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2000 tenaga kerja. Kilang ini dijangka menjadi pemangkin kepada industri kecil dan sederhana dan memberi kesan limpahan kepada perbangunan setempat.

Syarikat  ‘Eastern Steel’  yang terlibat dalam industri besi/keluli telah melabur sebanyak RM 3.8 bilion dan telah pun mencapai kemajuan pembangunan 80%.. Kewujudan kilang ini dijangka akan membuka peluang kerja kepada 2000-3000 tenaga kerja.

Penerokaan baru dalam bidang Bioteknologi  menjuruskan Negeri Terengganu sebagai pelopor industri Bioteknlogi melalui pelaburan dua syarikat iatu CJ dari Korea dan Arkema daripada Pranchis dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion. Syarikat CJ Korea dijangka beroperasi pada tahun 2014 dan telah pun mencapai 60%  tahap pembangunan. Kedua syarikat ini  berperanan mengeluarkan Asid Amino (L-Methionine) dan Thiochemicals dan bahan asas untuk pengeluaran makanan ternakan.

PERTANIAN

Pembangunan infrastruktur tanaman padi di kawasan Mak Jintan, Setiu dengan kos RM 46 juta yang bermula pada 2009 telahpun mencapai kemajuan pembangunan 98.2% dijangka siap pada April 2013.

Program Pembangunan Pembasmian Kemiskinan  juga dilaksanakan. Program penanaman kelapa sawit untuk pekebun kecil telah diluluskan sejak 2009 melalui peruntukkan sebanyak RM5.5 juta. Program tanaman kelapa melalui Jabatan Pertanian Negeri mulai tahun 2011 di Chalok , Setiu yang bernilai RM 5.0 juta masih dalam perlaksanaan.

Kerja-kerja pembersihan Empangan Rendah (Low weir) telah dilaksanakan di Pengkalan Nangka, Besut dengan kos RM 2 juta bagi menjamin kesempurnaan infrastruktur pertanian bagi mempergiatkan usaha tanaman padi.

Dalam   tahun semasa  kerajaan negeri telah menerima permohonan dari beberapa  syarikat swasta  untuk memajukan tanaman kelapa sawit seperti di mukim Bukit Payong (9 hektar), Mukim Jakar dan Bandi (582 hektar) dan  di Hulu Cukai (25 hektar). Pembangunan tanah dibawah projek ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat seramai 100 orang.


      PELANCONGAN

Pembangunan sektor  pelancongan turut dipertingkatkan bukan sahaja untuk kesejahteraan pelancong tetapi juga sebagai penjana ekonomi negeri. Sejak RMK10 kerajaan telah  memperuntukkan RM 2.5 juta untuk menaik taraf  Pantai Air Tawar , Besut. Perancangan dan rekabentuk  serta  kelengkapan  tarikan pelancong telah dilaksanakan pada tahun ini.

 Kerja menaik taraf Jeti Merang, Setiu yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Redang   telah dilakukan  pada bulan Februari 2013 dengan kos sebanyak RM 4.7 juta.

Pembinaan Zoo Bukit Takar dijangka menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Fasa pertama telah  dapat disiapkan sementara fasa kedua  sedang dalam pelaksanaan, Sehingga kini tahap kemajuan perlaksaaan telah mencapai 90%.

Bagi memulihara hakisan dan menjaga lokasi rekreasi  pelancongan kerajaan melalui Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS)  telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 2 juta pada tahun ini untuk memperbaiki dan menghalang hakisan pantai di daerah Besut, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu.

 

KOMPLEKS USAHAWAN TERENGGANU (KUT)

Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) telah dibangunkan di atas Lot 13215, seluas 10 ekar di Kubang Jela, mukim Manir Kuala Terengganu. Kompleks yang bernilai RM21.3 juta ini disasarkan untuk menjadi salah satu pusat perniagaan baru dan menjadi tumpuan pengunjung.

Kompleks ini dibahagikan kepada dua bahagian  iaitu ruang kedai & pejabat dan kilang industri ringan

a.    Ruang Kedai & Pejabat 4 tingkat (76 unit)

Komponen

Unit

 Perkedaian Francais

6 unit

 Perkedaian Produk Tempatan

38 unit

 Pejabat Perkhidmatan

22 unit

 Ruang Pameran

1 unit

 Design Centre

3 unit

 Pusat R&D Batik

1 unit

 Pusat Kajian Produk

1 unit

 Pusat Teknologi Maklumat

4 unit

b.    Ruang Kilang Industri Ringan (14 unit)

Komponen

Unit

Kilang Kraftangan - Jenis berkembar satu tingkat

6 unit

Kilang Pembungkusan – Jenis Berkembar satu tingkat

4 unit

Konsep Inkubator – Jenis Berkembar satu tingkat

4 unit

 

PENGISIAN

I.              Bahagian Kiri Bangunan KUT

 

a.    Kota Batik

 

i.           8 lot kedai jualan produk batik dikhususkan kepada pengeluar/penjual batik Terengganu. Satu lot kedai jahitan batik dan satu lot kedai cenderamata berasaskan produk batik.

 

ii.          - Pusat Demontrasi Batik (Bengkel Kraf    Kreatif)

- Kilang Pembuatan & Inkubator

-  Pusat Kajian & Penyelidikan (R&D) Batik

- Tempat pameran, Peragaan Fesyen dan Jualan Batik

 

iii.         Syarikat “anchor” yang menguruskan Kota Batik di KUT ialah Syarikat STR Batik Sdn. Bhd.

 

b.      Pasar ICT

 

IRICH Supply Sdn.Bhd. telah dilantik sebagai “anchor” untuk menguruskan Pasar ICT (PICT) di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT). Terdapat 40 lot jualan untuk disewa.

 

c.    Pengisian Oleh Usahawan Lain

Antara pengisian lain ialah:-

-       T’Kafe Al-Bakry (restoren makanan Arab)

-       Akademi Al-Quran

-       T’Shoppe

-       Kedai Printing

 

II.       Bahagian Kanan Bangunan  KUT.

Bahagian kanan KUT akan dijadikan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang dikenali sebagai Tajro Anaft Hotel. Hotel tersebut akan melibatkan pembahagian ruang sepertimana berikut:-

-       Bilik hotel sebanyak 75 buah

-       Dewan Utama sebanyak 1 buah

-       Dewan Kecil sebanyak 3 buah

 

IMPAK PROGRAM

 

Membantu usahawan tempatan dalam menangani masalah mendapatkan premis yang sesuai untuk mereka dan memberi keselesaan kepada usahawan untuk terus maju.

 

Menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi bagi membangun lebih ramai usahawan. Program ini dijangka akan meningkatkan lebih ramai rakyat yang terlibat dalam bidang keusahawanan

Membantu kepada peningkatan taraf hidup usahawan dengan menempatkan mereka ke premis yang baik dengan kadar sewa yang rendah disamping membantu meningkatkan produktiviti usahawan.

Ruang Pameran, Pusat Rekabentuk , Pusat R&D Batik, Pusat Kajian Produk serta konsep perkedaian francais dan perkedaian khusus untuk produk tempatan akan menjadi kemudahan kepada para usahawan untuk terus maju dalam usahaniaga berkaitan, sekaligus akan menyediakan peluang kepada mereka untuk meluaskan pasaran produk masing-masing.

Konsep ‘Setempat’ yang dirancang bagi projek Kompleks Usahawan ini merupakan suatu konsep baru yang membawa kelainan dalam konteks pembangunan sektor keusahawanan dan pembangunan para usahawan negeri. Ia dijangka dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan usahawan IKS negeri yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhansosio-ekonomi negeri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAWATAN KSU KE PUSAT TERNAK GAJAH TASIK KENYIR

Ditulis pada . di dalam Berita



Tasik Kenyir : 13 April 2013 - KSU Kementerian Alam sekitar dan Sumber Asli (NRE), Y. Bhg. Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof telah melawat tapak Projek Kenyir Elephant Village. Beliau turut diiringi oleh Ketua Pengarah PERHILITAN, Y. Bhg. Dato’ Abd.Rasid bin Samsudin dan Ketua Pengarah Jab. Mineral dan Geosains, Y. Bhg. Dato’ Yunus bin Abd. Razak serta pegawai-pegawai dari Jabatan PERHILITAN dan JPS Negeri.



Kunjungan deligasi tersebut telah diraikan oleh Pengarah UPEN, Y. Bhg. Dato’ Haji Mat Razali bin Kassim, Pengurus Pembangunan Pelancongan Tasik Kenyir, KETENGAH, Encik Mukhtar bin Che Ali serta pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan Tasik Kenyir. 

Objektif lawatan tapak ini adalah untuk meninjau kemajuan status Projek KEV di samping memberi peluang kepada UPEN Terengganu untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada Y. Dato’ Sri KSU berhubung pelaksanaan projek ini.