Aktiviti
Aktiviti-aktiviti UPEN merangkumi perkara-perkara berikut:-
1. Mengukuh keupayaan merancang di peringkat negeri dan membantu dalam penyebaran (decentralized) fungsi perancangan di peringkat Persekutuan.
2. Menyelaras pelaksanaan berbagai-bagai rancangan ekonomi pembangunan negeri antara jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
3. Memupuk pengurusan lebih kemas dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai program-program dan projek-projek ekonomi pembangunan.
4. Menentukan keutamaan semua program dan projek ekonomi pembangunan peringkat negeri dan setiap daerah di Negeri Terengganu.
5. Menyarankan pelaksanaan program-program dan projek-projek yang ditentukan oleh kajian-kajian pembangunan, kemungkinan dan struktur serta daerah.
6. Menentu pencapaian matlamat rancangan pembangunan lima tahun, kajian semula rancangan pembangunan dan belanjawan tahunan.
7. Menyelaras permohonan daripada Kerajaan Negeri untuk mendapat peruntukan kewangan dan bantuan teknikal daripada Kerajaan Persekutuan.
8. Menilai kemajuan dan pencapaian rancangan-rancangan pembangunan serta melaksanakan penyesuaian semula berasaskan kehendak semasa dan persekitaran tempatan.
9. Merangka dasar-dasar dan memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri dalam aspek-aspek pengurusan ekonomi pembangunan negeri.
10. Mengambil daya usaha mengumpul maklumat-maklumat ekonomi dan menjalankan penyelidikan semua aspek ekonomi dalam negeri.