Latar Belakang Invest

Ditulis pada . di dalam Invest

Negeri Terengganu terletak di kedudukan strategik di Pantai Timur yang membolehkan ia memanfaatkan pelbagai sektor ekonomi seperti minyak dan gas, bioekonomi, pembuatan dan pelancongan. Kerajaan Negeri sentiasa optimis mengorak langkah menarik lebih ramai pelabur untuk melabur ke negeri ini sekaligus merancakkan pelbagai ekonomi terutamanya sektor industri dan pembuatan. Melalui komitmen pelaburan, hasil koodinasi rapat antara kerajaan dan industri maka peluang-peluang baharu akan membawa perubahan serta menjadi pemangkin kepada ekonomi rakyat serta negeri.