PROGRAM TERENGGANU INVEST SERIES - UNFOLDING STATE BUSSINESS POTENTIAL

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 25 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Malaysian Investment Development Authority (MIDA ) Sentral, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Program Terengganu Invest Series – Unfolding State Bussiness Potential. Pembukaan bagi majlis ini telah disampaikan oleh Mr. S. Sivasuriyamoorthy selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA dan YB Dato’ Haji Tengku Hassan Tengku Omar, Exco Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran.

Pembentangan bagi mempromosikan Negeri Terengganu turut diadakan dan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu dan Encik Burhanuddin Hilmi Bin Mohamed@Harun selaku Presiden dan Pengarah Urusan Terengganu Inc.

Turut serta pada majlis ini adalah agensi daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Terengganu Incorporated (TI), Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu serta Unit Invest Terengganu yang telah mengadakan pameran bagi mempromosikan Negeri Terengganu.

 

Sesi Pembentangan Hasil Model Dan Unjuran Biojisim Atas Tanah (Above Ground Biomass, Agb) Di Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Sesi Pembentangan Hasil Model Dan Unjuran Biojisim Atas Tanah (Above Ground Biomass, Agb) Di Negeri Terengganu telah diadakan pada 11 Ogos 2022 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu dengan kerjasama Nature Based Solusions Sdn Bhd telah mengadakan sesi pembentangan ini bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada agensi-agensi berkepentingan tentang hasil dan model unjuran Biojisim Atas Tanah (Above Ground Biomass, Agb) Di Negeri Terengganu .

Sesi ini juga turut membincangkan kaedah bagaimana model ini dapat digunakan bagi menetapkan polisi perhutanan, pelan penggunaan guna tanah, langkah-langkah mitigasi perubahan iklim dan pemuliharaan kepelbagaian biodiversiti di Negeri Terengganu.

Program yang julung kalinya diadakan ini turut disertai oleh agensi-agensi utama negeri ini seperti Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri, Majlis Penurusan Taman Negeri Terengganu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, , Ketengah dan lain-lain agensi berkepentingan bagi menjayakan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

 

LAWATAN TURUN PADANG JABATAN ANGKAT DAN PUSPANITA TERENGGANU BERSAMA PASUKAN MEMANAH SUKMA TERENGGANU

Ditulis pada . di dalam Berita

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) selaku Jabatan Angkat bagi Pasukan Memanah SUKMA Negeri Terengganu telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang dan Santai Petang Bersama Para Atlet Memanah pada 10 Ogos 2022 bertempat di Pusat Latihan Memanah, The Payang Scout, Kuala Nerus. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pok Tun, Ketua Kontinjen SUKMA Terengganu, YBrs. Puan Hajah Norelah bt Abu Bakar, Timbalan Pengerusi 1, PUSPANITA Negeri, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd. Rahman, wakil-wakil jabatan angkat bersama-sama AJK PUSPANITA dan kakitangan UPEN.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Terengganu kerana sudi untuk bersama-sama jabatan angkat bagi meraikan atlet memanah SUKMA XX 2022. Turut berlangsung pada majlis tersebut adalah sesi penyerahan jersi kepada para atlet daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Terengganu, pertandingan official scorring antara atlet serta aktiviti memanah bersama para jemputan yang hadir. Minum petang juga turut disediakan bagi meraikan para atlet dan jemputan yang hadir.

Misi kemenangan (victory mission) skuad memanah untuk membawa pulang tiga pingat emas melalui acara Compound Men, Recurve Men dan RM Team pada temasya sukan kali ini adalah dilihat tidak mustahil dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para atlet. Ayuh semua para atlet, anda mampu melakukannya.