Infrastruktur
Pembangunan infrastruktur telah diberi penekanan sewajarnya bertujuan untuk meningkatkan tahap akses di dalam dan antara negeri dengan menyediakan infrastruktur perhubungan dan pengangkutan yang lebih inovatif dan efisien seperti berikut.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Kerjasama Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf infrastruktur pengangkutan melalui Projek Laluan Rel pantai Timur (ECRL) di Terengganu dengan jajaran sepanjang 250 kilometer (km). Perjalananan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam 30 minit dengan 7 stesen untuk menyokong ekonomi ke Terengganu.
Pelabuhan Kertih
Pelabuhan kerteh, Terengganu dibina bagi menampung keperluan penghantaran petroleum dan gas asli di luar pantai timur untuk diproses di kawasan industri Kerteh. Kemudahan asasnya yang disediakan menyebabkan pelbagai aktiviti ekonomi perindustrian dan perkhidmatan membangun dengan pesat.
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Lapangan Terbang Sultan Mahmud adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu. Ia terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan. Kemudahan asas juga disediakan di bangunan terminal seperti kedai cenderamata yang menjual brangan kraftangan tempatan dan batik, agensi-agensi pelancongan, kedai cenderamata dan sebagainya.
Lebuhraya
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) adalah sebuah lebuhraya di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sambungan daripada Kuala Lumpur-Karak Expressway E8/FT2 dan bermula dari Kuala Lumpur hingga Ke Kuala Terengganu. Ia dibina sepanjang 350km (217 batu) bermula daripada tamatnya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak, Pahang dan tamat di Kampung Gemuroh, berdekatan dengan Kuala Terengganu, Terengganu. Waktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu mengambil masa 5 jam sahaja.
LPT telah membawa perubahan fizikal dan ekonomi dengan memberikan impak sosioekonomi kepada kawasan bandar dan luar bandar serta melengkapkan koridor pembangunan yang dirancang di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).