PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 13 Januari 2022 (Khamis) telah dianjurkan satu perlawanan persahabatan bola sepak antara wakil daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di peringkat Persekutuan.

Tujuan penganjuran ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 12 hingga 15 Januari 2022 telah diadakan Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Negeri Terengganu 2022 - 2026 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Antara pengisian bengkel tersebut adalah sesi Taklimat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu bagi menyokong dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam merencana dan melaksanakan usaha pembangunan supaya lebih mampan dan berdaya saing.

Di samping itu, turut diselitkan Taklimat Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 oleh Pengarah PITAS 2030 serta Taklimat Pelan Induk ECER 2.0 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi ECERDC.

Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Kebajukan Kelab Lebah - Unit Perancang Ekonomi Negeri

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 26 Mac 2019 (Selasa) telah diadakan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Kelab Lebah - Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohamed Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu selaku Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan Kelab Lebah. Di dalam ucapannya beliau mengucapkan rasa syukur kerana dapat hadir dan merasmikan mesyuarat agung Kelab Lebah pada kali ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Kelab Lebah yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat agung ini.

Pada mesyuarat agung kali ini, terdapat beberapa pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Kelab Lebah yang baru bagi sesi 2019/2020. Bagi memantapkan lagi proses perlantikan ahli jawatankuasa Kelab Lebah satu sesi pengundian telah diadakan bagi memastikan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru dijalankan secara telus dan berhemah.