KURSUS ASAS PENGENALAN KEPADA MICROSOFT OFFICE (MICROSOFT POWER POINT)

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 5 dan 6 Disember 2022 yang lalu bertempat di Pusat Latihan ICT Paya Keladi, Kuala Terengganu telah diadakan Kursus Asas Pengenalan Kepada Microsoft Office (Microsoft Power Point) Siri I Dan Siri II yang telah disertai oleh 30 orang peserta di kalangan kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Kursus ini telah disampaikan oleh En Azhar Bin Bidin selaki Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memperkasakan kecekapan kakitangan dalam penggunaan Microsoft Power Point bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja.

 

TAKLIMAT PEGAWAI LAPANGAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR KELUARGA MALAYSIA (BMTKM)

Ditulis pada . di dalam Berita

Sesi Taklimat Pegawai Lapangan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Fasa 1 Negeri Terengganu telah diadakan pada 15 November 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Jamuan, Tingkat 18, Wisma Darul Iman. Program ini melibatkan 7 Daerah di Negeri Terengganu iaitu Daerah Kuala Terengganu, Dungun, Besut, Hulu Terengganu, Marang, Setiu, dan Kuala Nerus.

Pegawai Lapangan yang dilantik telah diberi beberapa amanat iaitu agar dapat mempercepatkan urusan berkaitan BMTKM Fasa 1 yang telah berjalan dan Fasa 2 yang sedang berjalan serta pemantauan rapi terhadap fasa pembekalan barangan/pelaksanaan kerja-kerja ditapak dan fasa pengoperasian projek BMTKM Fasa 1 bagi memastikan projek berdaya saing, berdaya tahan untuk mengeluarkan KIR daripada miskin tegar dalam tempoh yang ditetapkan dapat dijalankan dengan baik serta dapat mempercepatkan permohonan projek BMTKM Fasa 2 untuk diselesaikan diperingkat Daerah dan dikemukakan kepada pihak UPEN untuk semakan sebelum diangkat kepada pihak EPU untuk pertimbangan dan kelulusan.

TAHNIAH di atas Pelantikan Pegawai Lapangan serta diucapkan Selamat bertugas.

 

MAJLIS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA JABATAN

Ditulis pada . di dalam Berita

Majlis Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Jabatan Angkat yang memberi sokongan dan sumbangan kepada Kontinjen Terengganu dalam temasya SUKMA XX 2022 telah diadakan pada 8 November 2022 (Selasa) bertempat di Kediaman Darul Syakirin, Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBrs En Ab Rasid bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn. Bhd. Selaku Timbalan Kontinjen I, YB Hajah Zuraida binti Mohd Noor, ADUN Wanita selaku Timbalan Ketua Kontinjen II serta dif-dif jemputan kenamaan yang mewakili Jabatan Angkat masing-masing.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan Jabatan Angkat melalui sukan masing-masing yang tidak jemu memberi sokongan padu dan sumbangan kepada atlet dan seluruh kontinjen SUKMA Negeri Terengganu.

Dalam majlis tersebut, Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu selaku Jabatan Angkat Sukan Memanah yang diwakili oleh En Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Sektoral juga turut menerima Sijil, Trofi Penghargaan dan Buku Profil Pemenang Kontinjen Terengganu.

Untuk Rekod SUKMA XX 2022, Sukan Memanah telah berjaya menghadiahkan 3 Pingat Emas melalui acara Olympic Recurve Men Individual, Olympic Compound Men Team dan Olympic Compound Men Individual, 4 Pingat Perak melalui acara 50M Compound Men Individual, Olympic Compound Mixed Team, Olympic Compound Men Individual, dan Olympic Recurve Women Team serta 2 Pingat Gangsa melalui acara Olympic Recurve Men Team dan 70M Recurve Men Individual kepada Kontinjen Terengganu dalam edisi SUKMA XX 2022 pada kali ini.

Jutaan TAHNIAH kepada semua atlet-atlet yang berjaya membawa pulang kejayaan untuk kontinjen Terengganu. TAHNIAH..!!! TAHNIAH..!!! TAHNIAH..!!!