MISI BANTUAN BANJIR
12 Dis 2022 – Unit Perancang Ekonomi Negeri bersama Yayasan Terengganu telah membuat satu Lawatan Kerja Ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Dungun berhubung permohonan kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih beberapa blok bangunan sekolah bagi memenuhi keperluan pelajar.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Yayasan Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham Dan Timbalan Pengarah (Makro) UPEN, En Wan Muhd Masyhum Bin Wan Harujan. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah (Projek & Pengurusan Harta) Yayasan Terengganu, En Wan Muhamad Sufian Bin Wan Abdullah Penolong Pengarah (Pembangunan Modal Insan, Sains Dan Teknologi) UPEN dan wakil daripada JKR Dungun.
Antara keperluan yang dibincangkan adalah melibatkan penyelenggaraan dan menaiktaraf asrama pelajar, dewan makan, blok akademik dan surau.
Bengkel Tatacara Penggunaan Aplikasi 'Zoom Meeting' telah diadakan pada 8 Disember 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat UPEN I, Tingkat 13, Wisma Darul Iman.
Bengkel ini disertai oleh 40 orang peserta yang melibatkan Pembantu Tadbir di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu yang terdiri daripada pelbagai seksyen dan unit. Bengkel ini juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua Pembantu Tadbir berkenaan aplikasi Zoom Meeting iaitu bermula daripada pemasangan perkakasan peralatan zoom di bilik mesyuarat sehinggalah tamat mesyuarat.