MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA TSUK (PEMBANGUNAN) & PERTUKARAN PEGAWAI / KAKITANGAN
Pada 27 Disember 2022 (Selasa), telah diadakan Majlis Perjumpaan Bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Majlis Pertukaran Pegawai dan Kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertempat di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu. Semua pegawai dan kakitangan UPEN telah menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Pada majlis ini juga turut diraikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar ke jabatan baharu. Pegawai-pegawai yang bertukar ialah Encik Abdul Hadi Bin Mamat yang telah bertukar ke Majlis Daerah Besut, Encik Azrul Affandy Bin Jusoh yang telah bertukar ke Pejabat SUK (Bahagian Perumahan) dan Cik Noor Hafiza Binti Mohd yang telah bertukar ke Pejabat Daerah Kemaman.
Manakala kakitangan yang bertukar pula ialah Puan Zunayati Binti Ibrahim yang telah bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Haji Kamaruddin Bin Abdullah yang telah bertukar ke Jabatan Kerja Raya dan Encik Muhammad Shakir Bin Safiee yang telah bertukar ke Pejabat Dewan Undangan Negeri. YBhg. Dato’ Pengarah juga telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang bertukar dan beliau mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua di atas segala sumbangan dan bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di UPEN Terengganu.