SESI LIBAT URUS KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (KSP, RMKe-12)

Ditulis pada . di dalam Berita

SESI LIBAT URUS KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (KSP, RMKe-12) KEMENTERIAN EKONOMI BERSAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 6 JUN 2023 DEWAN BESAR, WISMA DARUL IMAN

 

Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP, RMKe-12) Kementerian Ekonomi Bersama Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan pada 6 Jun 2023 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman yang telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mohktar (Menteri Besar Terengganu), Yang Berhormat Mohd Rafizi bin Ramli (Menteri Ekonomi), Yang Berhormat Dato' Haji Yahaya Ali (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu), YBhg. Dato’ Nor Azmie Bin Diron (Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi) dan Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Terengganu).

Sesi ini melibatkan seramai hampir 700 orang jemputan daripada Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Syarikat Swasta, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan, Pemain Industri, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan lain-lain. Objektif Sesi Libat Urus ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan prestasi semasa pembangunan ekonomi di peringkat negeri berdasarkan RMKe-12 serta mengupas isu, cabaran serta penambahbaikan dalam perancangan pembangunan ekonomi di negeri Terengganu. Taklimat daripada Kementerian Ekonomi telah disampaikan oleh Encik Mohd Shukri bin Mat Jusoh, Pengarah Bajet Pembangunan manakala sesi soal jawab bersama YB Menteri Ekonomi juga telah diadakan di akhir program.

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#MalaysiaMadani

 

Program Cakna Penyu Tahun 2023

Ditulis pada . di dalam Berita

 

Kemaman, 24 Mei 2023 - Program Cakna Penyu Tahun 2023 telah diadakan di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu pada 24 Mei 2023. Program tersebut bertujuan untuk memberi hebahan kepada masyarakat serta pelancong yang datang ke Negeri Terengganu berhubung penguatkuasaan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) mengenai pengharaman penjualan serta memiliki telur semua jenis penyu.

YBhg Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Terengganu yang turut hadir dalam program tersebut berpeluang menyaksikan seekor penyu agar yang mendarat di Pantai Teluk Mak Nik untuk bertelur. Dalam masa yang sama, beliau juga turut melepaskan lebih 80 ekor anak penyu di pantai berkenaan. Turut mengiringi YBhg Dato’ ialah YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pegawai Daerah Kemaman.

Hadir sama dalam program ini ialah YBrs. Encik Fadli Yusof bin Zakaria, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, Timbalan Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPENT) dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kemaman.

YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal juga turut berkata kerajaan negeri akan terus memperkasa sektor edutourism dengan menawarkan peluang kepada pelancong merasai sendiri pengalaman melepaskan anak penyu di Pantai Teluk Mak Nik yang turut dikenali dengan nama Monica Bay.

 

PROGRAM HALAQAH KELAB SUKAN & KEBAJIKAN UNIT MERANCANG EKONOMI NEGERI (KELAB LEBAH)

Ditulis pada . di dalam Berita

22 Mac 2023 (Rabu) - Kelab Sukan & Kebajikan Unit Perancang Ekonomi (Kelab Lebah) telah mengadakan Program Halaqah Darul Iman (HaDI) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Unit Perancang Ekonomi Negeri. Program ini dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Bahagian Kerajaan Tempatan. Bahagian Perumahan turut menyertai program ini secara atas talian (Zoom Meeting).

Ceramah ini telah disampaikan oleh  YB Ustaz Ahmad Shah Bin Muhammad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan & Alam Sekitar Terengganu. Semoga program ini dapat memberikan manfaat dan menambah ilmu pengetahuan  kepada warga Kelab Lebah.