FLAG OFF BEAUTIFUL TERENGGANU "LAMBAIAN WARISAN PESISIR AIR" MALAYSIA FEST SINGAPORE 2023

Ditulis pada . di dalam Berita

Flag Off Beautiful Terengganu "Lambaian Warisan Pesisir Air" Malaysia Fest Singapore 2023 yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di Wisma Darul Iman sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, YBrs. Encik Mohd Rashdan Muda, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Fadli Yusof Zakaria serta Pengarah Fama Terengganu, YBrs. Encik Nukman Hashim.

Malaysia Fest Singapore 2023 yang akan berlangsung selama 4 hari bermula 27 Julai 2023 di Singapore Expo, Hall 5.

Seramai 24 usahawan melibatkan pelbagai jenis produk dari Terengganu bakal berkampung di sana.

Kepada warga Singapura, jangan lupa untuk meluangkan masa anda bersama delegasi dari Terengganu istimewa untuk anda semua.

Lawatan Bermaklumat Tatacara Pembangunan Pesisiran Pantai & Kawasan Pelancongan di Bandar Pelancongan Pulau Langkawi

Ditulis pada . di dalam Berita

Khamis, 20 Julai 2023 - Satu Lawatan Bermaklumat Tatacara Pembangunan Pesisiran Pantai & Kawasan Pelancongan di Bandar Pelancongan Pulau Langkawi telah diadakan di Pulau Langkawi, Kedah.

Rombongan ini telah diketuai oleh YBhg Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan turut dihadiri oleh beberapa agensi teknikal seperti Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu. Turut hadir sama dalam sesi lawatan tersebut adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan).

Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari atau berkongsi idea berkaitan tatacara pembangunan di pesisir pantai dan kawasan pelancongan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan. Ahli rombongan juga turut dibawa melawat tapak di Pantai Chenang dan juga Pantai Tanjung Rhu.

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#upenterengganu

#tourismterengganu

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH KOMPLEKS SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU MARANG, KAMPUNG TOK MUCHONG, MARANG TERENGGANU

Ditulis pada . di dalam Berita

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH KOMPLEKS SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU MARANG, KAMPUNG TOK MUCHONG, MARANG TERENGGANU
MARANG, 18 JULAI – Majlis Pecah Tanah Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Turut hadir, YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Terengganu), Yang Berhormat Dato’ Nara Setia (Pegawai Kewangan Negeri), Ahli-ahli Yang Berhormat, YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak (Pengarah UPEN) dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Pengarah Yayasan Terengganu).
Kompleks SMIYT Marang ini akan dibina di atas tanah seluas 40 ekar di Kampung Tok Muchong, Marang, Terengganu. Reka bentuk pembinaan kompleks bangunan yang moden, islamik dan berunsurkan ciri-ciri seni bina negeri Terengganu bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan fasiliti pembelajaran termasuk auditorium, ruang kelas yang selesa, makmal sains & ICT yang canggih, pusat sukan dan rekreasi serta susun atur blok akademik dan asrama yang lebih dekat. Tempoh pembinaan mengambil masa selama 53 bulan dan dijangka siap akhir 2027.
Semoga pembinaan kompleks SMIYT Marang baharu ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan generasi ulul albab sebagaimana hasrat penubuhan SMIYT oleh Kerajaan Negeri seterusnya melahirkan pembangunan modal insan berkualiti kelas pertama.