LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR-BMT) DAERAH BESUT

Ditulis pada . di dalam Berita

Satu lawatan tapak ke Projek Ternakan Ikan Keli dalam Tangki Simen di Kampung Pengkalan Atap, Besut telah diadakan pada 20 Februari 2024 bertujuan untuk memantau pelaksanaan Projek IPR-BMT daerah Besut.
Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Bajet Pembangunan), Kementerian Ekonomi, Encik Saharuddin bin Sarwan. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Dr. Muhamad Ridzuan bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu - UPEN, pihak Pejabat Daerah Besut dan pihak Pejabat Perikanan Daerah Besut.

Program ‘Green Mobility Roadshow ke Menara MBKT, Kuala Terengganu.

Ditulis pada . di dalam Berita

KUALA TERENGGANU, 5 FEBRUARI 2024- Program ‘Green Mobility Roadshow by Gentari” diteruskan dengan program bersama semua wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Negeri Terengganu bertempat di Menara MBKT, Kuala Terengganu.
Kepentingan sesi ini dilangsungkan bagi memberi pendedahan kepada semua wakil PBT tentang penyelesaian yang lebih menyeluruh dalam memastikan pengurangan pelepasan jejak karbon dalam setiap operasi PBT di negeri Terengganu.
Sesi perkongsian pada hari ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh pihak Gentari Sdn Bhd dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu yang diwakili oleh En Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan kepada pihak MBKT.
Jutaan penghargaan diucapkan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di atas kesudian untuk menganjurkan program pada sesi kali ini.
Semoga program sebegini rupa dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program ‘Green Mobility Roadshow ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II

Ditulis pada . di dalam Berita

KUALA TERENGGANU, 4 FEBRUARI 2024- Kerajaan Negeri Terengganu dengan Kerjasama Gentari Sdn Bhd yang merupakan anak Syarikat PETRONAS telah menjayakan Program Green Mobility Roadshow by Gentari di perkarangan Wisma Darul Iman. Program yang julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada penjawat awam di Terengganu khususnya di Wisma Darul Iman tentang kepentingan peralihan penyelesaian yang lebih menyeluruh kearah kepada peralihan tenaga yang lebih bersih dan cekap seperti penggunaan kenderaan elektrik(EV) dan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB).

Pihak Gentari Sdn Bhd telah diberikan peluang yang khusus untuk mempamerkan produk yang sedang dibangunkan dan akan dibangunkan di Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu dalam sidang media yang dilangsungkan selepas tamat program memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sedang memperhalusi beberapa kerjasama bersama pihak PETRONAS khususnya Gentari Sdn Bhd dalam pembangunan projek yang akan memberikan impak ekonomi yang sewajarnya bagi rakyat negeri Terengganu. Program pada hari ini bakal diteruskan pada keesokan harinya di sekolah sekitar bandar Kuala Terengganu dan di Menara MBKT yang akan melibatkan penyertaan daripada semua pihak termasuk pelajar dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Terengganu.

#TerengganuMajuBerkatSejahtera