Lawatan KWDI Ke Bangkok
Pada 26 hingga 29 Mac 2015, Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Bangkok. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang merupakan penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Pengurusan Rekod Kerajaan, Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan MS ISO-9001:2008 di Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.