KUNJUNGAN DARIPADA UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI PERLIS
Pada 04 Oktober 2015, Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menerima kunjungan lawatan bermaklumat daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis seramai 30 orang. Sempena lawatan ini, satu Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu dan Perlaksanaan Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA) telah disampaikan oleh Puan Maldiana Binti Abd Patah selaku Ketua Penolong Pengarah (Bajet dan Pemantauan) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman. Sebelum taklimat disampaikan, En Ahmad Ridzwan Bin Abd Rahman selaku Ketua Penolong Pengarah (Dasar dan Pembangunan) memberi kata alu-aluan bagi meraikan dan menghargai kunjungan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis. Turut serta pada majlis ini adalah Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Sokongan Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Selain daripada perkongsian ilmu tentang Pembangunan Negeri, lawatan bernaklumat ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA) seperti mana yang diketahui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Cemerlang Pengauditan EKSA oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu turut terlibat dalam pengauditan tersebut iaitu Zon T.13 dan Zon T.12. Lawatan ini juga bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mendapat pengetahuan yang lebih terperinci tentang perlaksanaan EKSA yang dijalankan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Sekalung tahniah diucapkan di atas kejayaan tersebut dan terima kasih di atas kunjungan.