Majlis Perhimpunan Bulanan
Pada 13 Jan 2014 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman dan turut diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Bulan Oktober, November dan Disember 2014 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh, Setiausaha Kerajaan Terengganu, pegawai-pegawai tertinggi, dan penjawat awam dari semua jabatan. Kakitangan UPEN yang berjaya menerima anugerah kali ini adalah Puan Shuzilah Bt Abdillah Juruteknik FT17 menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Bagi Bulan Oktober. Turut menerima anugerah ini adalah Cik Suriany Sulong Bagi Bulan November 2014. Tahniah dan syabas diucapkan.