Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman 2015

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 05 Ogos 2015 bersamaan 20 Syawal 1436H telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman dan isteri To' Puan Hajjah Halina Binti Zakaria. Turut hadir, YB Dato' Osman Bin Muda selaku setiausaha Kerajaan Terengganu, barisan Exco serta pegawai-pegawai kerajaan. Beliau dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada pelajar-pelajar sekolah dikalangan anak-anak yatim dan miskin.

Suasana diserikan dengan alunan lagu-lagu raya yang disampaikan oleh penyanyi SUKTRA Terengganu. Para jemputan terdiri daripada ahli-ahli Kelab Wisma Darul Iman, Kakitangan Wisma Negeri, jabatan-jabatan lain dan orang ramai sekitar Kuala Terengganu. Aneka juadah makanan disediakan antaranya sate, lemang, keropok, nasi dagang, buah-buahan dan sebagainya. Majlis Sambutan Hari Raya ini berakhir pada jam 2.00 petang.

KEJOHANAN BOWLING PADANG KELAB WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 15 dan 16 Mei 2015, Kelab Lebah yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menyertai Kejohanan Bowling Padang Kelab Wisma Darul Iman. Kejohonan ini telah diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Tahniah diucapkan kepada semua pemain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. 

Lawatan Kerja Ekosistem Konduksif Sektor Awam

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 06 Mei 2015, Nahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menerima Lawatan Kerja Pelaksanaan Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA) daripada Suruhanyaja Perkhidmatan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendaftaran Negara, Cawangan Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mendapat pengetahuan yang lebih jelas dan terperinci mengenai pelaksanaan EKSA di Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri.