Pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2014 Peringkat Kebangsaan (MAHA)

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 20 - 30 Nevember 2014, Pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (MAHA) 2014 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPs) Selangor. Pameran MAHA 2014 ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Tranformasi. Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) di bawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani & Perusahaan Perladangan & Komoditi telah telibat dengan pameran ini di mana melibatkan semua agensi dalam sektor pertanian di Terengganu. Pameran ini merupakan platform terbaik pihak kerajaan negeri Terengganu dalam mempromosi sektor pertanian serta memberi pendedahan kepada petani-petani dari negeri ini di peringkat kebangsaan. Tapak Pameran Utama Maha 2014 terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :

  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas
Pameran ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 22 November 2014. Pameran ini merupakan acara utama bagi menghargai para Peladang, Penternak dan Nelayan. 

 

MESYUARAT PENGURUSAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN / UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KALI KE 10/2014

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada Mesyuarat Pengurusan Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri Kali Ke 10/2014 yang diadakan pada 12 November 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat UPEN 1, Tingkat 13, Wisma Darul Iman, Dato'  Haji Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail, TSUK Pembangunan / Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, selaku Pengerusi majlis telah menekankan bahawa semua Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri hendaklah bersifat 'Be Responsible' iaitu bertanggungjawab terhadap segala tugas-tugas yang telah diarahkan. Selain itu bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran di jabatan ini dan meningkatkan penyampaian yang inklusif, penekanan kata-kata ucapan Y. Bhg Dato' dalam mesyuarat pengurusan akan dimuatkan dalam slot hebahan laman web jabatan.

Pameran Dan Persidangan Antarabangsa OIC World Biz & Muslim World Biz 2014

Ditulis pada . di dalam Berita

           

Unit Invest Terengganu telah menyertai Pameran dan Persidangan Antarabangsa 5th OIC World Biz & Muslim World Biz 2014 yang dianjurkan oleh OIC International Business Centre bersama Islamic Centre for the Development of Trade (ICDT) yang berlangsung pada 11 hingga 14 November 2014 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu turut dijemput untuk menyertai ruang pameran ini sekaligus memperkenalkan dan mempromosi peluang-peluang pelaburan di Terengganu termasuk produk-produk kraftangan tempatan. Pameran dan Persidangan ini merangkumi 7 bahagian, iaitu 3 kategori pameran da 4 kategori persidangan dan forum yang bertemakan - 'Towards Excellent Global Economies'. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada 10 November 2014. Ruang pameran ini juga turut disertai oleh negara-negara lain antaranya Iran, Brunei dan Bahrain. Juga dari Negara-Negara bukan OIC seperti Thailand dan filipina. Turut serta dalam pameran adalah syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha dari bidang Hartanah, Pendidikan , Pelancongan, Teknologi Maklumat (IT), Kosmetik, Pembuatan Makanan, Kesihatan, Fesyen Pakaian, Pembinaan Infrastruktur dan Pertanian. Dianggarkan seramai 80,000 pengunjung dari seluruh pelusuk dunia akan memenuhi dewan pameran selama 4 hari ini.