Kejohanan Bola Tampar Kelab Wisma Darul Iman 2016

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 12 Mac 2016, bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Kelab Wisma Darul Iman. Kelab Lebah yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri turut sama menyertai kejohanan tersebut. Perlawanan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kelab Lebah telah menjadi johan bagi Kumpulan B seterusnya layak untuk ke peringkat separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir, Kelab Lebah telah menewaskan Kelab Helang untuk mara ke peringkat akhir. Walaupun tewas pada peringkat akhir kepada Kumpulan Permata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain Kelab Lebah untuk komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan. Tahniah juga kepada Kelab Permata yang menjadi Johan pada pertandingan ini.

 

 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH UPEN KE PEJABAT KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 03 November 2015 Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu (JPS) telah melawat Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan berkaitan status terkini perlaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11). 

LAWATAN KERJA KE LOKASI CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA KORIDOR EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 25 Oktober 2015 Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama agensi-agensi yang berkaitan telah melakukan Lawatan Kerja ke Lokasi Cadangan Persempadanan Semula Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) di Jajaran Ajil, Hutan Simpan Jerangau (Koridor Ekologi CFS PL11) dan Jajaran Bukit Besi (Koridor Ekologi CFS SL 4).

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti lokasi-lokasi yang menjadi laluan utama binatang liar di sekitar daerah Hulu Terengganu serta cara untuk mengatasi kemalangan yang membabitkan hidupan liar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Kedua-dua lokasi ini sentiasa melibatkan kemalangan animal crossing (Road Kill).