Majlis Makan Malam Sempena Pertukaran Pegawai Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri
Pada 30 Disember 2014, bertempat di Dewan Puncak Gamelan, Primula Hotel telah diadakan Majlis Makan Malam sempena pertukaran Pegawai Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri. Semua Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan ? Unit Perancang Ekonomi Negeri telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 08.00 malam sehingga 10.30 malam. Majlis telah diacarakan oleh Encik Shahrizal Bin Yahya. Pada majlis tersebut turut disampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang akan bertukar. Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga Allah memberkati kehidupan dan segala usaha yang akan dilaksanakan kelak.