Lawatan Kerja Pengarah Dan Pegawai UPEN Ke Setiu Wetland

Ditulis pada . di dalam Berita

Lawatan ini telah diadakan pada 10 Mac 2016 (Khamis) bertempat di Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetland. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan perancangan dan pembangunan yang akan dijalankan di Setiu Wetland untuk dijadikan sebagai destinasi Eko Pelancongan yang baharu. selain itu, memperkenalkan Setiu Wetland dan potensi yang ada pada Setiu Wetland untuk diketengahkan sebagai destinasi Eko Pelancongan yang baharu.

Beberapa agensi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ini turut dijemput untuk bersama-sama untuk menyertai Pengarah dan Pegawai UPEN ke Setiu Wetland. Antaranya adalah Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu (MOTAC) dan World Wildlife Federation (WWF).

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah sekitar Kampung Mangkok, Kampung Pengkalan Gelap, dan Kampung Gong Batu. aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah sebagaimana berikut:

      1. Taklimat Pembangunan Setiu Wetland oleh Majlis Daerah Setiu
      2. Menyusuri Sungai setiu Wetland
      3. Melawat BoardWalk Setiu Wetland
      4. Taklimat Hakisan Benteng Muara Sungai Merang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Setiu
      5. Melawat Bund Pasir dan Sangkar Ikan
      6. Menanam Pokok Bakau
 
Lawatan ini telah memberikan beberapa idea kepada Pengarah dan Pegawai UPEN untuk mengatasi beberapa isu berkenaan Alam Sekitar terutamanya berkaitan hakisan pantai, perubahan musim, ketidakseimbangan ekosistem yang perlu diambil tindakan oleh pegawai bagi menjamin pembangunan Setiu Wetland dapat dijalankan secara lancar. Lawatan seumpama ini juga berupaya merapatkan silaturahim antara Pengarah dan Pegawai serta dengan masyarakat setempat yang sentiasa mengambil berat tentang kawasan pembangunan ini.

Mesyuarat Pembangunan dan Rancangan Pelaksanaan Sistem Dalam Talian Untuk Perkongsian Maklumat Geospatial Dan Pengurusan Permit Struktur Komunikasi Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 17 Mac 2016 telah diadakan Mesyuarat Pembangunan dan Rancangan Pelaksanaan Sistem Dalam Talian Untuk Perkongsian Maklumat Geospatial dan Pengurusan Permit Struktur Komunikasi Pihak Berkuasa di Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat II, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah UPEN, Tuan Haji Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abd Razak. Turut hadir  pada mesyuarat ini adalah Wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPMN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Terengganu.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendengar taklimat daripada pihak SKMM berhubung cadangan Pembangunan dan Rancangan Pelaksanaan Sistem Dalam Talian Untuk Perkongsian Maklumat Geospatial dan Pengurusan Permit Struktur Komunikasi Pihak Berkuasa di Negeri Terengganu. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Norsam Bin Mohd Yusoff, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif, Sektor Digital Ekosistem, SKMM.

Mesyuarat Penyelarasan Projek/Program Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Di Bawah Rolling Plan Kedua

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 10 Mac 2016 telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek/Program Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Dibawah Rolling Plan Kedua bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Semua jabatan/agensi persekutuan dan negeri turut hadir pada mesyuarat tersebut. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan projek-projek yang akan dicadangkan didalam Rolling Plan Kedua.