KEJOHANAN BOLA TAMPAR KELAB WISMA DARUL IMAN

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 28 Februari 2015, bertempat di Stadium Tertutup, Gong Badak telah diadakan Kejohanan Bola Tampar Kelab Wisma Darul Iman. Kelab Lebah yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri turut sama menyertai kejohonan tersebut. Perlawanan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kelab Lebah telah menjadi johan bagi Kumpulan B dan seterusnya layak ke separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir, Kelab Lebah telah tewas kepada Kelab Permata dengan mendapat tempat ke-4. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain-pemain diatas kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan. Tahniah juga diucapkan kepada Kelab Virus yang menjadi Johan pada pertandingan tersebut.

 

 

BENGKEL PENGURUSAN PEJABAT SIRI KE-2

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 18-20 Feb 2015 telah diadakan satu Bengkel Pengurusan Pejabat yang diadakan di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel selama 3 hari melibatkan pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri. Bengkel ini melibatkan seramai 20 orang peserta. Modul pertama untuk bengkel ini adalah sesi Taklimat Pembangunan Negeri yang telah disampaikan oleh Puan Normah Binti Nik, Penolong Kanan Pengarah (Seksyen Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar). Modul seterusnya adalah Bengkel Pengurusan Rekod yang disampaikan oleh En Ahmad Ridzwan Bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Dasar dan Pembangunan). Dan yang terakhir adalah Bengkel Pembangunan Diri yang disampaikan oleh Puan Maldiana Binti Abd Patah, Ketua Penolong Pengarah (Bajet dan Pemantauan). Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai teknik pengurusan fail dan rekod serta memahami tentang kepentingan penyelenggaraan dan keselamatan rekod kerajaan.

 

 

Lawatan Kerja Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA)

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 19 Januari 2015, Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu sempena lawatan kerja Ekosistem Konduksif Sistem Awam (EKSA). Kunjungan ini berikutan daripada kejayaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Cemerlang Pengauditan Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA) oleh Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang mana Zon T.13 Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri turut terlibat dalam menjayakan pengauditan tersebut.