Taklimat Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Negeri Terengganu
Pada 31 Mac 2016, Pengarah beserta Pegawai-Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah menghadiri Taklimat Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat I, Unit Perancang Ekonomi Negeri. Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr.Ahmad Azrin Adnan, Felo Penyelidik Bersekutu daripada Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) UniSZA.
Taklimat ini diadakan khusus bagi memperoleh pemahaman berkenaan indikator/petunjuk kos sara hidup rakyat seterusnya mengenalpasti isu-isu yang berkaitan agar dapat merencana strategi terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Taklimat dibentangkan mengikut 3 kategori iaitu Persepsi rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup, realiti dan Strategi yang boleh dilaksanakan.
Hasilnya, taklimat ini telah menyediakan satu platform bagi pencambahan idea antara pegawai serta penyelidik berdasarkan penemuan-penemuan yang telah dijalankan dalam meminimakan kenaikan kos sara hidup rakyat negeri Terengganu. Semua pegawai akan memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan strategi serta idea yang telah dikenalpasti.