PROGRAM PEMBERIAN ZAKAT OLEH PENGARAH UPEN
Ahad, 28 Julai 2013 - Satu program pemberian zakat telah diadakan di Pusat Khidmat Dun Seberang Takir pada jam 6.00 Petang. Pemberian zakat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri Terengganu iaitu Yang Berbahagia Dato' Haji Mat Razali Bin Kassim. Seramai 20 orang penduduk kampung di bawah Dun Seberang takir telah menerima bantuan zakat tersebut di mana senarai nama penerima tersebut telah diberikan oleh MAIDAM Negeri Terengganu. Program ringkas ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu.