Sukan Kerajaan Tempatan

Ditulis pada . di dalam Berita

 

 

BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA SUKAN KERAJAAN TEMPATAN YANG DISERTAI OLEH UPEN DAN KERAJAAN TEMPATAN MEWAKILI PEJABAT  SUK TELAH MENDAPAT JOHAN DALAM PERTANDINGAN PING PONG BAGI TAHUN 2013.  SUKAN SKT DIWAKILI OLEH LAPAN (8) DAERAH SELURUH NEGERI TERENGGANU. DALAM PERTANDINGAN AKHIR SUK TELAH MENEWASKAN PASUKAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN. LOKASI PERTANDINGAN IALAH DI DEWAN IPD POLIS MARANG.  KEMENANGAN INI DAPAT MEMBAKAR SEMANGAT ATLIT SUK UNTUK MELANGKAH LEBIH JAUH LAGI KE HADAPAN, INSYAALLAH. SYABAS UNTUK SEMUA.

ZALINA IBRAHIM
PEMBANTU TADBIR (ASET/STOR)

KEJOHANAN BOWLING MASTERS SUK SIRI 2/2013

Ditulis pada . di dalam Berita

Rabu, 22 Mei 2013 - Kelab Sukan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (LEBAH) telah mengadakan Kejohanan Bowling Jemputan Masters SUK Siri 2/2013 bertempat di KT Bowl, Astaka, Kuala Terengganu. Kejohanan  yang diadakan secara bersiri tersebut bertujuan untuk menilai ranking pemain SUK dalam menyediakan sebuah pasukan yang mantap untuk menghadapi Sukan SUK Se-Malaysia.  Seramai 28 orang pemain bowling daripada Pejabat SUK telah menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan yang terbahagi kepada beberapa kategori seperti Kategori VIP, Kategori Lelaki dan Kategori Wanita tersebut telah dijalankan dengan menggunakan format permainan secara perseorangan iaitu 4 games 10  pin. Dalam kejohanan tersebut, En. Abu Bakar bin Jusoh, PSU Agama & Penerangan telah berjaya merangkul juara bagi kategori VIP dengan jatuhan pin 667. Beliau telah membawa pulang hadiah berupa televisyen LG 32”. Tempat kedua pula berjaya dirangkul oleh En. Nik Fahmi bin Nik Nordin daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan jatuhan pin 618 serta membawa pulang satu set Tupperware. Manakala tempat ketiga pula telah dimenangi oleh En. Mohd Hafiz Zazlin bin Zainuddin daripada Unit Pengurusan Maklumat Negeri dengan jatuhan pin 591 dan membawa pulang DVD Player jenama Panasonic.

Bagi kategori Lelaki pula, En. Abd. Rahin daripada Unit Komunikasi Negeri Terengganu telah berjaya mendapat tempat pertama dengan jatuhan pin 683. Beliau juga telah membawa pulang sebuah televisyen LG 32”. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh En. Badrul Hisham daripada Kerajaan Tempatan dengan jatuhan pin 680 dan berjaya membawa pulang satu set Tupperware. Manakala En. Mohd Tarmizi Ismail daripada Unit Pengurusan Maklumat Negeri telah berjaya merangkul tempat ketiga dan membawa pulang hadiah berupa DVD Player jenama Panasonic.

Manakala bagi kategori wanita pula, Cik Zurimawati Bt. Mokthar daripada Pengurusan Sumber Manusia telah berjaya merangkul tempat pertama. Beliau telah mengumpul jatuhan pin sebanyak 637 dan membawa pulang hadiah berupa sebuah televisyen LG 32”. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Puan Sulaiha daripada Pelancongan dengan jatuhan pin 618 serta membawa pulang satu set Tupperware. Manakala tempat ketiga yang menawarkan hadiah berupa DVD Player jenama Panasonic telah menjadi milik YM Tengku Nursyahadah daripada bahagian Korporat dengan jatuhan pin sebanyak 603.

Pihak penganjur juga telah menyediakan dua lagi hadiah istimewa iaitu bagi Kategori “High Score” melebihi 200 jatuhan pin dan Kategori “Clear Games” berupa sebuah telefon Sony Esperia Sola. Dengan mengumpul score sebanyak 221, sekali lagi En. Abd. Rahin daripada Unit Komunikasi Negeri telah  berjaya membawa pulang sebuah telefon Sony Experia Sola bagi kategori “High Score”. Manakala Puan Sulaiha daripada Pelancongan pula berjaya merangkul hadiah bagi kategori Clear Games.

Kejohanan tersebut diserikan lagi dengan kehadiran En. Tun Ahmad Faisal, Timbalan Pengarah (Sektoral) Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sekalung tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pertandingan pada kali ini. Semoga kejohanan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk persiapan dalam menghadapi  Sukan SUK Se Malaysia pada tahun hadapan.

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG TAHUNAN 2012

Ditulis pada . di dalam Berita

Selasa, 30 April 2013 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman dan disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YB Dato' Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Terengganu, pegawai-pegawai tertinggi, dan penjawat awam dari semua jabatan dan agensi seluruh Negeri Terengganu.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tersebut telah menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu menunaikan Haji/Umrah di Tanah Suci Makkah berserta wang tunai RM 5,000.00 dan sijil. Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan kepada 50 orang penjawat awam negeri bermula dari Gred Utama 'A' hingga Gred R3.  

Dalam majlis itu, salah seorang kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri  Terengganu (UPEN) telah menerima anugerah tersebut. Beliau yang dimaksudkan ialah Engku Azly @ Yusof Bin Engku Dalam, dilahirkan pada 9 Ogos 1968, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 (KUP) di Unit Pembangunan Tasik Kenyir (UPEN) juga merupakan seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan berperwatakan periang, peramah dan amat disenangi oleh semua pegawai dan kakitangan lain di jabatan ini. Beliau yang  telah berkhidmat selama 23 tahun di UPEN, pernah dianugerahkan Anugerah Cemerlang Bulanan pada Ogos 2007 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahunan pada tahun 1999 dan 2005. Sekalung tahniah diucapkan diatas kebolehan dan pencapaian beliau. Diharapkan semua penjawat awam terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan agar dapat memberi impak yang positif dalam melaksanakan tugasan harian. Semoga pencapaian cemerlang beliau turut dicontohi oleh semua penjawat awam yang lain.