Majlis Perpisahan Pengarah, Pegawai dan Kakitangan UPEN
Pada 01/06/2014, bertempat di Dewan Puncak Gamelan, Primula Beach Resort telah diadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran Pengarah UPEN/TSUK Pembangunan YBhg Dato' Hj Zulkifli Bin Mohamad, serta Pegawai dan Kakitangan UPEN lain. Semua Pegawai dan Kakitangan UPEN telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis telah dipengerusikan oleh En Mohd Adzhar Bin Mohd Zahari. Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Dato' dan tuan-tuan di atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga Allah memberkati kehidupan dan segala usaha yang akan dilaksanakan kelak.