LAWATAN KSU KE PROJEK PERTANIAN

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 01 Mac 2014, En Mohd Shahril Bin Shamsuddin, selaku Penolong Setiausaha Kerajaaan Seksyen Pertanian dan Asas Tani bersama-sama YBhg. Datuk Seri Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan Lawatan Ke Projek Perternakan Ikan Dalam Sangkar bertempat di Kg. Beladau Kepong, Kuala Terengganu. Selain itu, beliau turut mengadakan Lawatan Ke Projek Tanaman Sayur bertempat di Kg. Banggol Katong,   Marang, Kuala Terengganu. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program turun padang YBhg. Datuk Seri Mohd Hashim Bin Abdullah ke projek-projek pertanian di Terengganu.

Bengkel HPNT Perindustrian & Perdagangan Negeri Terengganu 2014

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 6 Februari 2014, bertempat di TH Hotel Dan Konvesion Centre, Gong Badak telah diadakan satu bengkel iaitu Bengkel Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu Sektor perindustrian Dan Perdagangan Negeri Terengganu 2014 anjuran Unit Pelaburan UPEN Terengganu. Majlis ini turut dihadiri oleh  Yang Berhormat, Dato' Tengku Putera Bin Tengku Awang, DPMT,  selaku Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri. Jemputan yang hadir adalah terdiri daripada  semua syarikat perindustrian dan perdagangan di seluruh Negeri Terengganu. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk mendengar sebarang keluhan, idea dan ketidakpuasan yang dialami oleh setiap syarikat berhubung dengan ketetapan matlamat Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu (2014 - 2018).

Bengkel Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu Bagi Portfolio Kerja Raya Dan Pengangkutan

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 18 hingga 21 Disember 2013 SUK Pembangunan di bawah Bahagian Kerja Raya Dan Pengangkutan telah mengadakan satu bengkel bertempat di Hotel Hyatt Regency Kuantan Resort, Telok Chempedak, Kuantan. Bengkel yang bertajuk Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu (HPNT) 2014-2018 bertujuan membincangkan halatuju pembangunan di bawah Portfolio Kerja Raya Dan Pengankutan ini turut dirasmikan oleh Yang Berhormat  IR Rosli Bin Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan Negeri. Bengkel ini dihadiri oleh semua agensi yang terlibat di bawah Portfolio kerja Raya Dan Pengangkutan. Turut hadir beberapa orang pegawai UPEN terdiri daripada Tuan haji tun Ahmad Faisal BIn Tun Razak, Timbalan Pengarah (Sektoral) UPEN, Encik Ahmad Faris Bin Ab. Razak, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Encik Nasran Bin Abd. Halim, Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerja Raya Dan Pengangkutan).