Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu
Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) di Bawah Seksyen Pembangunan Wilayah telah mengadakan satu Program bertajuk Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu Sempena Lawatan Kajian Keselamatan (Kajimatan) kepada peserta Kursus Pemerintahan Dan Staf Maktab Turus Angakatan Tentera ke East Coast Econimic Region (ECER) yang berlangsung pada Rabu 2 April 2014, Jam 9.00 Pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 17, Wisma Darul Iman.
Kajian ini bertujuan untuk membolehkan peserta kursus mempamerkan pemahaman konsep keselamatan dan pembangunan, pelaksanaan serta kesan ke atas keselamatan di kawasan Yang dikaji.
Lawatan ke ECER melibatkan seramai 43 orang pegawai terdiri daripada 10 orang Pegawai/Staf Maktab Turus Angkatan Tentera, seorang Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan 33 orang peserta kursus termasuk 9 peserta luar negara seperti Bangladesh, Cambodia, China, Filipina, Korea Selatan, Pakistan, Papua New Guinea, Sri Langka dan Zimbabwe. Bersesuaian dengan kehadiran pegawai tentera luar negara, maka taklimat yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (UPEN) iaitu Tuan haji Tun Ahmad Faisal Bin Tun Razak telah menyampaikan taklimat berkenaan di dalam Bahasa Inggeris.