Bengkel Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu Sektor Kemajuan Luar bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan

Ditulis pada . di dalam Berita

Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu telah mengadakan satu Bengkel Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu Sektor Kemajuan Luar bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan. Bengkel tersebut telah diadakan pada 6,7 dan 8 Oktober 2013 bertempat di Hotel Seri Facific, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah dihadiri oleh agensi yang mempunyai kaitan dengan Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membentuk halatuju baru Pembangunan Luar bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Roslee Bin Daud iaitu Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi. Turut Hadir iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi iaitu Dato' Mohd Sabri Bin Mohd Noor merangkap ADUN Langkap. Manakala halatuju bengkel ini pula bertujuan apa yang direncanakan adalah demi kebaikan kepada rakyat dalam pelbagai aspek sosial, ekonomi dan sebagainya.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 26 hingga 30 September 2013, Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu telah terlibat dengan program Sambutan Hari peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu yang telah diadakan di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak. Program tersebut merupakan acara tahunan SUK  Bahagian Pertanian, Asas Tani dan Komoditi di bawah seliaan Encik Ahmad Shahril Bin Samsudin. Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan UPEN terlibat sebagai petugas urusetia di 'Booth' SUK secara bergilir-gilir sehingga program tersebut berakhir. Tujuan acara tersebut diadakan adalah untuk pameran dan jualan hasil tani bagi peladang, penternak dan nelayan di negeri Terengganu.

Pameran Dan Persidangan "4th OIC World Biz Business & Investment Zone 2013 Exhibition & Conference"

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 25 hingga 28 September 2013 Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu di Bawah Kerajaan Negeri Terengganu telah menyertai pameran dan persidangan yang bertajuk "4th OIC World Biz Business & Investment Zone 2013 Exhibition & conference" bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra. antara pegawai yang terlibat dengan pameran tersebut adalah  Y.M Tengku Mohd Ariffin Bin Tengku A. Rahman, Encik Zuwislan Bin Awang, Encik Zulkifly Bin Isa, Encik Mohd Milzam Bin Nur Anuar, Encik Mohd Kamal Bin Abdul Rahman, Puan Nur Wasilah Binti Ramli dan Encik Ismail Mubarak Bin Mohd Salleh. Tujuan penyertaan UPEN adalah untuk mempromosikan Negeri Terengganu serta menggalakkan pelabur- pelabur tempatan dan dunia untuk melabur di Negeri Terengganu.