Bengkel Halatuju Perindustrian Dan Perdagangan
Pada 26 hingga 28 November 2013, Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu telah mengadakan satu Bengkel Halatuju Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Terengganu bertempat di Hotel Seri Facific, Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 25 orang peserta daripada pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri. Bengkel ini dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato' Tengku Putera Bin Tengku Awang, DPMT, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menentukan Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu 2014-2018.