Bengkel Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu 2013 (Sektor Pertanian 2014-2018)
Pada 18 hingga 20 September 2013, Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu telah mengadakan satu bengkel bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan. Bengkel tersebut merupakan Bengkel Halatuju Pembangunan Negeri (Sektor Pertanian 2014-2018) Tahun 2013. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk menentukan halatuju pembangunan Negeri terengganu khusus untuk Sektor Pelancongan. Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Upen iaitu Dato' Haji Mat Razali Bin Kassim, Timbalan Pengarah (Makro) iaitu Tuan Haji Ishamudin Bin Hashim, KPSU Pembangunan iaitu Encik Ahmad Faris Bin Abd. Razak, PSU Pertanian, Asas Tani Dan Komoditi iaitu Encik Mohd Shahril Bin Shamsuddin dan Penolong Pengarah Pertanian Dan Asas Tani iaitu Encik Hama Hakim Wahyudi Bin Awang.