KUNJUNGAN HORMAT UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI TERENGGANU KE UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA (UKAS), JPM

Ditulis pada . di dalam Berita

18 April 2024 I Kunjungan hormat Unit Perancang Ekonomi Negeri ke Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), JPM telah diadakan pada hari ini. Delegasi UPEN seramai 6 orang pegawai diketuai oleh Encik Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, Timbalan Pengarah (Makro). Turut hadir sama En. Muhammad Nur Fahmi bin Md Saad, Jurutera Awam Bangunan, JKR Negeri.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi mendapatkan perkongsian kaedah pelaksanaan kerjasama awam swasta (Public Private Partnership - PPP) yang telah dilaksanakan oleh pihak UKAS. Taklimat oleh UKAS meliputi takrifan kaedah PPP, model-model pelaksanaan, struktur, tadbir urus dan proses-proses pelaksanaan projek PPP.
Terima kasih diucapkan kepada pihak UKAS yang diketuai oleh Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada UPEN Terengganu dan perkongsian yang telah disampaikan.

UPENIANS BERTADARUS (KELAB LEBAH)

Ditulis pada . di dalam Berita

Program Tadarus Al-Quran Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu telah diadakan pada 12 hingga 27 Mac 2024 bertempat di Wisma Darul Iman.
Warga Upen Terengganu telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran pada hari ini. Lebih gembira lagi, hari ini merupakan malam ke-17 Ramadan yang mana merupakan hari yang bersejarah bagi kita ummat Nabi Muhammad SAW, memperingati bermulanya penurun al-Quran dari Baitul ‘izzah (langit dunia) kepada baginda Rasulullah SAW secara berperingkat selama 23 tahun.
Firman Allah SWT:
﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾
“Pada bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan padanya al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil..)” (Surah al-Baqarah: 185).
Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang turut sama-sama menjayakan program Tadarus al-Quran pada tahun ini.

BENGKEL PEMURNIAN PELAN STRATEGIK PERTANIAN NEGERI TERENGGANU 2024-2028

Ditulis pada . di dalam Berita

Baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Pemurniaan Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2024-2028 yang diadakan di Dewan Syarahan, Wisma Darul Iman. Bengkel ini dihadiri oleh YBrs Encik Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, Timbalan Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi Negeri, YBrs Dr Anun binti Man, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri dan Encik Muhammad Fadlee bin Hassan, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu serta beberapa pegawai daripada agensi lain seperti Jabatan Pertanian Negeri, FAMA, Yayasan Pembangunan Usahawan dan lain-lain lagi.
Pelan Strategik Pertanian Negeri 2019-2023 telah tamat dengan beberapa pencapaian membanggakan namun masih dapat dipertingkan.
Bengkel ini diadakan bagi membincangkan perancangan yang dikemukakan setiap jabatan/agensi pelaksana adalah realistik dengan keperluan semasa serta mengambil kira kepentingan para petani, penternak dan nelayan.
Di samping itu, pencapaian pelan ini dalam masa lima (5) tahun lepas turut dijadikan asas panduan dalam menetapkan sasaran bagi memastikan sektor pertanian terus utuh membekalkan makanan kepada rakyat, meningkatkan taraf sosioekonomi serta menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri.
Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2024-2028 ini akan dilancarkan pada penghujung Mac 2024.