CDM TERENGGANU SUKMA 2024
TAHNIAH diucapkan kepada YBhg. Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu) diatas pelantikan sebagai Ketua Kontinjen (Cdm Tranung) yang telah diumumkan dalam Perhimpunan Kontinjen SUKMA Terengganu Sempena 100 Hari Menjelang SUKMA XXI, Sarawak 2024 yang telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman pada 8 Mei 2024 (Rabu).
Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dengan diiringi oleh YB Hj. Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri.
Selain itu, penyampaian Watikah Pelantikan kepada Bapa Angkat Sukan dan Jabatan Angkat Sukan SUKMA XXI turut disempurnakan kepada semua bapa angkat dan jabatan angkat yang terlibat. Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu - UPEN juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi Jabatan Angkat kepada sukan Boling Padang.
Kemuncak perhimpunan pada hari ini adalah dengan pelancaran ‘Countdown’ SUKMA XXI Sarawak 2024. Pelancaran ini sudah pasti menyuntik semangat juang kepada semua atlet SUKMA yang akan mewakili Negeri Terengganu pada edisi kali ini untuk kembali bangkit merampas juara keseluruhan SUKMA dengan moto Hanelang Bangkit 2024.