KUNJUNG HORMAT MENTERI BESAR KEDAH SERTA DELIGASI KE NEGERI TERENGGANU
Sesi Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu Sempena Kunjung Hormat Menteri Besar Kedah ke Terengganu telah diadakan pada 28 Mei 2024 bertempat di Tingkat 17, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Delagasi tersebut telah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor. Beliau yang tiba ke Wisma Darul Iman dengan diiringi pegawai kerajaan negeri Kedah dan disambut oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Haji Ishamuddin bin Hashim, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato’ Rasid bin Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Hadi bin Hasan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Manusia Dan Integriti) serta ketua jabatan dan pegawai di negeri Terengganu Darul Iman.
Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu - UPEN.