Penyelidikan dan Maklumat

Ditulis pada . di dalam Bahagian

 

PERANAN JABATAN

1. Membantu bahagian Makro dalam urusan penyelidikan dan pembangunan khususnya perancangan makroekonomi dan penilaian halacara-halacara pembangunan Negeri.

2. Menyediakan dan menyelaras tugas mengumpul, mengunjur maklumat makroekonomi, demografi, sosioekonomi dan lain-lain maklumat berkaitan.

3. Menerbitkan buku-buku berikut:-

    i. Buku Data Asas (Tahunan)

    ii. Laporan Ekonomi (Tahunan)

    iii. Buku Profil Pembangunan Negeri (dua tahun sekali)

    iv. Lain-lain penerbitan bercetak yang perlu dari masa ke semasa.

4. Membantu dan menyelaras kedatangan pelabur-pelabur langsung asing dan juga tetamu-tetamu luar negara yang melawat Negeri Terengganu.

5. Menyediakankertas-kertas untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Jawatankuasa-jawatankuasa tertinggi dalam hal penyelidikan dan pembangunan makroekonomi dan penilaian halacara-halacara pembangunan.

6. Menyelaras semua kajian dan penyelidikan bukan teknikal negeri serta kajian kemungkinan, kajian penilaian projek/program pembangunan.

7. Menyediakan taklimat pembangunan negeri.

8. Mengurus dan mengemaskini laman web UPEN.

9. Tugas-tugas lain yang diarah dari masa  ke semasa.