Lawatan Balas Delegasi Daripada Huaxi Group, China

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 24 hingga 28 September 2013 yang lalu, Kerajaan Negeri telah menerima satu kunjungan lawatan balas delegasi dari Huaxi Group, China seramai 17 orang di mana mereka adalah tetamu kehormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Tujuan lawatan ini adalah sebagai tanda penghargaan mereka kepada KDYMM Sultan Terengganu di samping meninjau peluang-peluang pelaburan dan ilmu dalam menguruskan pelbagai sektor di negeri ini. Kunjungan ini dilihat sebagai salah satu peluang yang dijangka bakal meningkatkan dan membangunkan lagi sektor ekonomi negeri terutamanya dalam sektor pelancongan, industri dan perdagangan. Ketibaan mereka ke negeri ini telah disambut mesra oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Invest Terengganu, Encik Zulkifly bin Isa diringi dengan sambutan kebudayaan oleh pemain-pemain kompang dari SUKTRA dan seterusnya di bawa ke tempat penginapan di Hotel Primula Beach Resort. Selama lima hari kunjungan mereka ke negeri Terengganu, pelbagai tempat telah dikunjungi. Antaranya ialah EPIC Sdn. Bhd, Pelabuhan Kemaman, Petronas, Tasik Kenyir dan beberapa tempat menarik di Terengganu seperti pasar payang, Istana Maziah, Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri serta Kompleks Tuanku Nur Zahirah menaiki bot YDSM. Sesi kemuncak lawatan adalah pada 28 September 2013, di mana satu majlis menandatangani persefahaman (MOU) dan sidang akhbar telah diadakan di Wisma Darul Iman. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Y.A.B. Menteri Besar, Y.B Setiausaha Kerajaan Terengganu dan juga Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin. Memorandum ini ditandatangani bagi usahasama di antara Kerajaan Negeri, Unit Tasik Kenyir dan KETENGAH dengan Huaxi Group mengenai peluang-peluang pelancongan di Tasik Kenyir.

 

LAWATAN T.Y.T. DUTA BESAR REPUBLIK CHINA KE TASIK KENYIR PADA 14 OGOS 2013

Ditulis pada . di dalam Berita

T.Y.T. Duta Besar Republik China, Datuk Chua Xi dan isteri beliau telah melawat Tasik Kenyir pada 14 Ogos 2013. Delegasi beliau adalah seramai 15 orang termasuk wakil dari Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu.

Ketibaan T.Y.T. Duta Besar China telah disambut oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud dan wakil – wakil dari jabatan dan agensi seperti perhutanan, muzium dan TNB serta Encik Mohd Milzam Bin Nur Anuar (Penolong Pengurus Unit Pembangunan Tasik Kenyir) sebagai wakil UPEN.

Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan jamuan sarapan pagi sebelum delegasi diberikan penerangan ringkas berhubung perancangan pembangunan kerajaan negeri di Tasik Kenyir yang disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar KETENGAH. Delegasi turut dibawa melawat ke Taman Herba Tasik Kenyir dan Taman Orkid Tasik Kenyir dan kemuncak sesi lawatan tersebut adalah jamuan makan tengah hari di Danau Cafe, Pusat Informasi Kenyir.

Dua Orang Kakitangan UPEN Bersara

Ditulis pada . di dalam Berita

       Dua orang kakitangan di Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai kakitangan kerajaan kerana memilih bersara pilihan setelah berkhidmat lebih daripada 30 tahun. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Nang Gayah Binti Megat Omar yang telah berkhidmat selama 36 tahun manakala Puan Maznah Binti Musa telah berkhidmat selama 31 tahun. Puan Nang Gayah mula berkhidmat sebagai Jurutaip kemudian dijumudkan jawatan beliau sebagai Pembantu Tadbir (N17) manakala Puan Maznah pula mula berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir kemudian dijumudkan jawatan beliau sebagai Pembantu Tadbir KUP (N22). Gambar menunjukkan dua orang kakitangan tersebut telah merakam waktu kali terakhir sebelum bergelar pesara pada 31 Julai 2013 jam 4.30 Petang waktu anjal sempena Bulan Puasa menandakan telah tamat perkhidmatan beliau sebagai kakitangan awam.Terdahulu seorang lagi kakitangan di UPEN telah bersara iaitu Puan Fatimah Binti Mamat iaitu pada 30 Jun 2013. Semoga jasa ketiga-tiga kakitangan tersebut diberkati dan memberi impak besar sepanjang berkhidmat di jabatan kerajaan sama ada di UPEN mahupun jabatan-jabatan yang pernah beliau berkhidmat sepanjang perkhidmatan mereka sebelum ini. Selamat Bersara dan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada mereka daripada warga kerja UPEN.