HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015

Ditulis pada . di dalam Berita

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNT) Peringkat Negeri Terengganu bagi Tahun 2015 telah diadakan pada 17 hingga 21 September 2015 bertempat di Dataran Kuala Kemaman, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Chek selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 September 2015. Tema HPPNT pada tahin ini adalah Agroteknologi Pemangkin Transformasi.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi penghargaan kepada golongan Peladang, Penternak dan nelayan di Negeri Terengganu. Sambutan ini membuktikan bahawa keperihatinan pihak Kerajaan Negeri terhadap peranan dan sumbangan para Peladang, Penternak dan Nelayan dalam membangunkan sektor pertanian di Negeri Terengganu. Selain itu tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mempamer dan mempromosikan hasil kajian terbaru oleh Jabatan atau Agensi Kerajaan dan sektor Awam dan untuk menjadikan sambutan ini sebagai platform kepada peladang, penternak dan nelayan bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya Sambutan HPPNT ini adalah Pertandingan Mr. Lembu dan Ratu Lembu, Pameran Jabatan/Agensi Kerajaan & Jualan Hasil Pertanian, Sukan Rakyat, forum dan pertandingan hasil-hasil pertanian. 

TOSOH CORPORATION MELABUR DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TELUK KALONG, KEMAMAN

Ditulis pada . di dalam Berita

Tosoh Corporation melalui anak syarikatnya Tosoh Advanced Material Sdn. Bhd. telah memulakan kerja-kerja penyediaan tapak bagi pembinaan kilang 'high silica zeolite' (HSZ) di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman.

Dengan keluasan tapak kilang 12 ekar dan pembinaan yang dijangka bermula akhir tahun ini akan memberi sekurang-kurangnya 100 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri dan MIDA, Tosoh bersetuju membina kilang HNZ di sini dengan nilaian pelaburan RM 325 juta.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang HSZ telah diadakan pada 10 Ogos 2015 yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman 2015

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 05 Ogos 2015 bersamaan 20 Syawal 1436H telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman dan isteri To' Puan Hajjah Halina Binti Zakaria. Turut hadir, YB Dato' Osman Bin Muda selaku setiausaha Kerajaan Terengganu, barisan Exco serta pegawai-pegawai kerajaan. Beliau dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada pelajar-pelajar sekolah dikalangan anak-anak yatim dan miskin.

Suasana diserikan dengan alunan lagu-lagu raya yang disampaikan oleh penyanyi SUKTRA Terengganu. Para jemputan terdiri daripada ahli-ahli Kelab Wisma Darul Iman, Kakitangan Wisma Negeri, jabatan-jabatan lain dan orang ramai sekitar Kuala Terengganu. Aneka juadah makanan disediakan antaranya sate, lemang, keropok, nasi dagang, buah-buahan dan sebagainya. Majlis Sambutan Hari Raya ini berakhir pada jam 2.00 petang.