KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH UPEN KE PEJABAT KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 03 November 2015 Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu (JPS) telah melawat Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan berkaitan status terkini perlaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11). 

LAWATAN KERJA KE LOKASI CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA KORIDOR EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 25 Oktober 2015 Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama agensi-agensi yang berkaitan telah melakukan Lawatan Kerja ke Lokasi Cadangan Persempadanan Semula Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) di Jajaran Ajil, Hutan Simpan Jerangau (Koridor Ekologi CFS PL11) dan Jajaran Bukit Besi (Koridor Ekologi CFS SL 4).

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti lokasi-lokasi yang menjadi laluan utama binatang liar di sekitar daerah Hulu Terengganu serta cara untuk mengatasi kemalangan yang membabitkan hidupan liar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Kedua-dua lokasi ini sentiasa melibatkan kemalangan animal crossing (Road Kill).

KUNJUNGAN DARIPADA UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI PERLIS

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 04 Oktober 2015, Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menerima kunjungan lawatan bermaklumat daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis seramai 30 orang. Sempena lawatan ini, satu Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu dan Perlaksanaan Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA) telah disampaikan oleh Puan Maldiana Binti Abd Patah selaku Ketua Penolong Pengarah (Bajet dan Pemantauan) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman. Sebelum taklimat disampaikan, En Ahmad Ridzwan Bin Abd Rahman selaku Ketua Penolong Pengarah (Dasar dan Pembangunan) memberi kata alu-aluan bagi meraikan dan menghargai kunjungan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis. Turut serta pada majlis ini adalah Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Sokongan Unit Perancang Ekonomi Negeri. 

Selain daripada perkongsian ilmu tentang Pembangunan Negeri, lawatan bernaklumat ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA) seperti mana yang diketahui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah dianugerahkan  Anugerah Pencapaian Cemerlang Pengauditan EKSA oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu turut terlibat dalam pengauditan tersebut iaitu Zon T.13 dan Zon T.12. Lawatan ini juga bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mendapat pengetahuan yang lebih terperinci tentang perlaksanaan EKSA yang dijalankan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Sekalung tahniah diucapkan di atas kejayaan tersebut dan terima kasih di atas kunjungan.