Mesyuarat Pembangunan dan Rancangan Pelaksanaan Sistem Dalam Talian Untuk Perkongsian Maklumat Geospatial Dan Pengurusan Permit Struktur Komunikasi Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 17 Mac 2016 telah diadakan Mesyuarat Pembangunan dan Rancangan Pelaksanaan Sistem Dalam Talian Untuk Perkongsian Maklumat Geospatial dan Pengurusan Permit Struktur Komunikasi Pihak Berkuasa di Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat II, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah UPEN, Tuan Haji Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abd Razak. Turut hadir  pada mesyuarat ini adalah Wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPMN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Terengganu.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendengar taklimat daripada pihak SKMM berhubung cadangan Pembangunan dan Rancangan Pelaksanaan Sistem Dalam Talian Untuk Perkongsian Maklumat Geospatial dan Pengurusan Permit Struktur Komunikasi Pihak Berkuasa di Negeri Terengganu. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Norsam Bin Mohd Yusoff, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif, Sektor Digital Ekosistem, SKMM.

Mesyuarat Penyelarasan Projek/Program Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Di Bawah Rolling Plan Kedua

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 10 Mac 2016 telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek/Program Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Dibawah Rolling Plan Kedua bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Semua jabatan/agensi persekutuan dan negeri turut hadir pada mesyuarat tersebut. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan projek-projek yang akan dicadangkan didalam Rolling Plan Kedua.

Kejohanan Bola Tampar Kelab Wisma Darul Iman 2016

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 12 Mac 2016, bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Kelab Wisma Darul Iman. Kelab Lebah yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri turut sama menyertai kejohanan tersebut. Perlawanan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kelab Lebah telah menjadi johan bagi Kumpulan B seterusnya layak untuk ke peringkat separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir, Kelab Lebah telah menewaskan Kelab Helang untuk mara ke peringkat akhir. Walaupun tewas pada peringkat akhir kepada Kumpulan Permata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain Kelab Lebah untuk komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan. Tahniah juga kepada Kelab Permata yang menjadi Johan pada pertandingan ini.