BEAUTIFUL TERENGGANU

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 23 hingga 27 Mac 2016, Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Seketeriat PESONA Terengganu telah mengadakan satu karnival yang dinamakan Beautiful Terengganu 2016 bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017. Program yang diadakan di Plaza Angsana Mall Johor Bharu ini diadakan adalah bertujuan bagi mempromosikan pembangunan sosio ekonomi negeri Terengganu dari segi industri pelancongan, warisan dan kebudayaan serta kesenian negeri.

Ianya juga turut diadakan bagi dijadikan platform terbaik untuk industri IKS Terengganu mempromosi dan mengembangkan rangkaian perniagaan masing-masing. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada malam upacara perasmian majlis pada 23 Mac 2016. 

Sepanjang program ini berlangsung, UPEN telah dipertanggungjawabkan untuk mengurusetiakan Pavillion Pameran (Trade Show) yang telah menempatkan 5 Kluster Tourism utama iaitu, Edu-Tourism, Agro-Tourism, Eco-Tourism, Sport-Tourism dan Art & Culture Tourism yang melibatkan penyertaan hampir 30 agensi kerajaan negeri dan swasta.

Lawatan Kerja Pengarah & Pegawai UPEN Ke Tasik Kenyir

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 04 -06 Februari 2016, Pengarah bersama Pegawai-Pegawai Bahagian Pembangunan / Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Lawatan Kerja ini diadakan bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat pelaksanaan projek-projek pembangunan yang sedang giat dijalankan di Tasik Kenyir. Taklimat Pembangunan Tasik Kenyir telah disampaikan oleh YM Tengku Mohd Ariffin Bin Tengku Abd Rahman, selaku Pengurus Pembangunan Tasik Kenyir.

Antara tempat-tempat yang dilawati sepanjang lawatan di Tasik Kenyir ini adalah :

  • Santuari Kelah
  • Projek Kompleks Bebas Cukai, Tasik Kenyir
  • Mini Muzium, Gua Bewah
  • Projek Island Hopping (Taman Rama-Rama, Taman Herba, Taman Orkid)
  • Kenyir Elephant Village

Lawatan Kerja Pengarah Dan Pegawai UPEN Ke Setiu Wetland

Ditulis pada . di dalam Berita

Lawatan ini telah diadakan pada 10 Mac 2016 (Khamis) bertempat di Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetland. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan perancangan dan pembangunan yang akan dijalankan di Setiu Wetland untuk dijadikan sebagai destinasi Eko Pelancongan yang baharu. selain itu, memperkenalkan Setiu Wetland dan potensi yang ada pada Setiu Wetland untuk diketengahkan sebagai destinasi Eko Pelancongan yang baharu.

Beberapa agensi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ini turut dijemput untuk bersama-sama untuk menyertai Pengarah dan Pegawai UPEN ke Setiu Wetland. Antaranya adalah Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu (MOTAC) dan World Wildlife Federation (WWF).

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah sekitar Kampung Mangkok, Kampung Pengkalan Gelap, dan Kampung Gong Batu. aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah sebagaimana berikut:

      1. Taklimat Pembangunan Setiu Wetland oleh Majlis Daerah Setiu
      2. Menyusuri Sungai setiu Wetland
      3. Melawat BoardWalk Setiu Wetland
      4. Taklimat Hakisan Benteng Muara Sungai Merang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Setiu
      5. Melawat Bund Pasir dan Sangkar Ikan
      6. Menanam Pokok Bakau
 
Lawatan ini telah memberikan beberapa idea kepada Pengarah dan Pegawai UPEN untuk mengatasi beberapa isu berkenaan Alam Sekitar terutamanya berkaitan hakisan pantai, perubahan musim, ketidakseimbangan ekosistem yang perlu diambil tindakan oleh pegawai bagi menjamin pembangunan Setiu Wetland dapat dijalankan secara lancar. Lawatan seumpama ini juga berupaya merapatkan silaturahim antara Pengarah dan Pegawai serta dengan masyarakat setempat yang sentiasa mengambil berat tentang kawasan pembangunan ini.