TINJAUAN KERJA DELIGASI UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KE KAWASAN YAYASAN SABAH & DANUM VALLEY

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 06 April 2016 Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Hussin bersama-sama Jawatankuasa Penyelarasan Khas Hidupan Liar Dan Biordiversiti di Terengganu dan Deligasi Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan kerja ke Kawasan Konservasi Yayasan Sabah dan Danum Valley, Sabah. Antara agensi-agensi yang turut serta dalam lawatan kerja ini adalah Dato' Haji Wan Mohd Bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Dato' Haji Azmi Bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri, En. Hasdi Bin Husin, Pengarah PERHILITAN Negeri, Prefesor Madya Dato' Dr. Mohd Tajuddin Bin Abdullah dan Profesor Madya Dr.Gopalasamy Reuben Clements daripada Institusi Penyelidikan Kenyir serta YM Tengku Mohd Ariffin Bin Tengku Abd Rahman (Pengurus Pembangunan Pelancongan), En Mohd Farhan Bin Abdul Razak (Penolong Pengurus Pembangunan Pelancongan) dari Unit perancang Ekonomi Negeri Terengganu.

Antara tujuan utama lawatan kerja ke Kawasan Konservasi Yayasan Sabah dan Danum Valley ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat berkaitan dengan penyelarasan khas Hidupan Liar dan Biodervisiti dalam memberi idea-idea untuk dimanfaatkan bagi Cadangan Perwartaan Kawasan Hidupan Liar di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Taklimat Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 31 Mac 2016, Pengarah beserta Pegawai-Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah menghadiri Taklimat Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat I, Unit Perancang Ekonomi Negeri. Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr.Ahmad Azrin Adnan, Felo Penyelidik Bersekutu daripada Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) UniSZA.

Taklimat ini diadakan khusus bagi memperoleh pemahaman berkenaan indikator/petunjuk kos sara hidup rakyat seterusnya mengenalpasti isu-isu yang berkaitan agar dapat merencana strategi terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Taklimat dibentangkan mengikut 3 kategori iaitu Persepsi rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup, realiti dan Strategi yang boleh dilaksanakan.

Hasilnya, taklimat ini telah menyediakan satu platform bagi pencambahan idea antara pegawai serta penyelidik berdasarkan penemuan-penemuan yang telah dijalankan dalam meminimakan kenaikan kos sara hidup rakyat negeri Terengganu. Semua pegawai akan memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan strategi serta idea yang telah dikenalpasti.

 

 

BEAUTIFUL TERENGGANU

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 23 hingga 27 Mac 2016, Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Seketeriat PESONA Terengganu telah mengadakan satu karnival yang dinamakan Beautiful Terengganu 2016 bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017. Program yang diadakan di Plaza Angsana Mall Johor Bharu ini diadakan adalah bertujuan bagi mempromosikan pembangunan sosio ekonomi negeri Terengganu dari segi industri pelancongan, warisan dan kebudayaan serta kesenian negeri.

Ianya juga turut diadakan bagi dijadikan platform terbaik untuk industri IKS Terengganu mempromosi dan mengembangkan rangkaian perniagaan masing-masing. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada malam upacara perasmian majlis pada 23 Mac 2016. 

Sepanjang program ini berlangsung, UPEN telah dipertanggungjawabkan untuk mengurusetiakan Pavillion Pameran (Trade Show) yang telah menempatkan 5 Kluster Tourism utama iaitu, Edu-Tourism, Agro-Tourism, Eco-Tourism, Sport-Tourism dan Art & Culture Tourism yang melibatkan penyertaan hampir 30 agensi kerajaan negeri dan swasta.